My Skin, My Confidence – Utusan Online

KEDUT bukan sahaja membuatkan seseorang itu nampak tua, tetapi mengakibatkan tona kulit tidak sekata, tompok coklat dan pigmentasi yang yang menyebabkan kulit nampak berusia. Proses semula jadi ditambah dengan kulit yang tidak dilindungi oleh sinar lembayung ungu (UV) dan pencemaran juga antara sebab kulit tidak bermaya dan kusam.

Jueness pernah memperkenalkan rangkaian penjagaan kulit antipenuaan Luminesce pada tahun 2009 yang menjadikan kulit nampak muda dengan menghapuskan garis halus dan kedut.

Rangkaian produk Luminesce menggunakan formula eksklusif dan berkesan APT-200 daripada dermatologis yang berkelayakan, Dr. Nathan Newman.

Dengan kejayaan rangkaian produk antipenuaan, Jeuness berbangga melancarkan pula produk terbarunya, Luminesce Flawless Skin Brightener.

Serum pencerah yang digabungkan bersama formula APT-200 serta bahan-bahan lain yang terbukti aktif secara klinikal bertujuan menjadikan kulit kekal muda, lembut, halus dan cerah.

Mudah menyerap, formula tidak berminyak ini merangsang kecerahan dan bertindak dari bawah kulit bagi mendapatkan kulit berseri yang diingini.

Luminesce Flawless Skin Brightener bukan sahaja mencerah tetapi mengecilkan pori kulit.

Bagi kulit matang, serum ini memberikan keanjalan dan dapat dirasai apabila disentuh. Dengan penggunaan berterusan, kulit akan lebih tegang dan berseri.

Produk pertama merawat parut selepas jerawat yang diperkenalkan, Hiruscar Post Acne telah diuji secara klinikal bagi membantu menghilangkan parut jerawat, mencerahkan tanda-tanda gelap atau kemerahan dan memastikan kulit yang terdedah dengan jerawat kekal sihat.

Gel antibakteria yang mengandungi MPS sebagai bahan aktif menggalakkan proses penyembuhan semula jadi pada luka dan mampu merangsang pertumbuhan semula sel-sel baharu bagi membantu menghilangkan parut jerawat.

Selain mengandungi bahan-bahan yang menghalang pertumbuhan bakteria yang menghalang jerawat daripada berulang dan mengekalkan kesihatan kulit berjerawat.

Hiruscar Post Acne bersifat tidak berminyak, cepat menyerap dan berbau wangi, diuji secara klinikal, bebas alkohol dan hypoallergenic yang dirumuskan oleh pusat Medinova AG di Switzerland.

Bersaiz 10 gram, produk ini berharga RM41.10 dan boleh didapati di semua farmasi di seluruh negara.

Bersempena dengan pengenalan produk tersebut, kempen My Skin, My Confidence diadakan sebagai pendekatan untuk menggalakkan lebih ramai menjaga keadaan kulit mereka.

Kempen tersebut menampilkan aktiviti menarik untuk membantu golongan muda merawat masalah parut selepas jerawat yang seringkali diabaikan.

Inovasi terbaharu OXY dalam pembersihan wajah bakal menjadi pilihan remaja kerana bukan sahaja berkesan membersihkan wajah, bahkan mencerah, melicin dan mengawal kilauan pada kulit.

OXY Whitening Oil Control Wash pastinya pencuci wajah yang sesuai untuk setiap remaja. Hadir dengan formula dan teknologi terkini, yang turut membantu mengurangkan liang pori, membersih secara mendalam, dan 72 jam lembapan hanya dengan membersihkan wajah.

Memperkenalkan Teknologi Giga White, bahan aktif pencerahan baru yang terdiri daripada tujuh jenis tumbuhan dari pergunungan Alpine di Switzerland, iaitu Mallow, Lady’s Mantle, Balm Mint, Peppermint, Speedwell Herb, Yarrow dan Primula .

Bahan-bahan ini menyediakan kesan pencerahan yang sangat baik untuk kulit yang lebih cerah dan licin serta mencegah pembentukan melanin.

OXY Whitening Oil Control Wash boleh didapati di semua farmasi dan pasar raya dalam dua saiz, 50g pada harga RM8.50 dan 100g pada harga RM13.90.

Lahir daripada minat kepada lebah pada 1983, perintis jenama kecantikan organik Perancis, Melvita, tetap setia kepada serangga penjaga khazanah alam itu.

Hasil penyelidikan Melvita, termasuklah penggunaan kosmetogenomik, menemui rumusan luar biasa dalam alam semula jadi iaitu madu Thyme.

Penyelidikan ini telah menunjukkan kuasa pemulihan luar biasa madu ini, yang bertindak seperti ‘pembalut’ semula jadi dengan kesan kelegaan segera.

Ia juga menunjukkan kesan sinergi yang menakjubkan bila digabungkan dengan madu akasia dan orange blossom dalam rangkaian Nectar de Miels baharu, khusus untuk kulit sangat kering dan sensitif.

Formula Nectar de Miels mampu melegakan, membaiki dan menyegarkan semula tanpa memerlukan urutan lama untuk merasai manfaatnya.

Tekstur licin dan berkrim meresap segera untuk memberikan sentuhan kelembutan.

Khasiat dan kuasa penyembuhannya menjadikan madu Thyme sebagai bahan utama dalam rangkaian produk Nectar de Miels yang turut mengandungi bahan aktif dan pelengkap lain.

Gabungan madu Thyme, bunga oren dan akasia mampu melindungi, membaiki dan menyegarkan semula kulit, solina iaitu bahan aktif diperoleh daripada minyak bunga matahari, yang boleh melembutkan kulit, membantu mencegah kehilangan lembapan dan menguatkan fungsi rintangan kulit serta Alfa-Bisabolol yang diperoleh mampu melegakan kulit dengan serta-merta.

Mempunyai tiga rangkaian iaitu, Comforting Balm (RM138), Comforting Creamy Milk (RM115), dan Comforting Hand Cream (RM73), produk-produk ini boleh didapati di butik-butik Melvita.

Read more: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/kulit-lebih-cerah-menawan-1.311695#sthash.rucoEnA5.dpuf