#ClubSpotless – Aida Sue

[ Review ] Guna Hiruscar Anti Acne Hapus Jerawat Dan Parut

Siapa ada kulit bermasalah sila angkat tangan? Saya pun turut serta angkat tangan sendiri. Yelah, dah bersalin ni, makin melampau pula masalah kulit kusam dan kering dan paling utama, masalah jerawat.

Jenuh juga mencari produk yang sesuai dengan kulit muka kombinasi macam saya, sekejap kulit kering sangat, kejap berminyak. Macam-macam dah cuba tapi hasilnya biasa-biasa saja.

Jadi baru-baru ini saya telah diperkenalkan dengan produk penjagaan kulit khusus untuk kulit bermasalah seperti jerawat, acne scar, bintik hitam dan yang berkulit sensitive. Nak tahu apa? Haa, baca review saya kat bawah ni.

Hiruscar Anti-Acne Series

Masa saya share mengenai Hiruscar ni, ramai kawan yang komen mereka pun pakai produk ni. Ada yang pakai selepas eksiden teruk dan mengalami kesan jerawat melampau, dan nampak hasilnya selepas memakai Hiruscar Anti-Acne Spot Gel ( yang juga STAR PRODUK mereka katanya! ) dan boleh nampak hasilnya dalam masa 2 HARI JE! Yes, dua hari je kot.

Hiruscar Anti Acne ini sebenarnya mempunyai banyak bahan utama untuk melindungi kulit dan memperbaiki kulit yang bermasalah tau seperti MPS, Morinaga Seed Extrak, Extrak Jus Alovera, Asid Salicylic dan semua bahan baik pada kulit.
Jenis Produk

Hiruscar Anti Acne Pore Purifying Cleanser – Pembersih Wajah

Pembersih wajah Hiruscar Anti Acne ni adalah di dalam bentuk gel yang diformulasi dengan bahan anti bakteria dan juga salysilic acid yang mampu membuang sel kulit mati. Cleanser ni bukan je membersihkan wajah secara mendalam, tapi disebabkan ada MPS, ia juga mampu menganjalkan kulit wajah kita selepas pakai.

Pembersih wajah ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitive disamping tidak mengandungi alcohol, warna, dan juga tidak berminyak.

Hiruscar Anti Acne Pore Purifying Serum

Pertama kali saya tahu mengenai produk khusus untuk kulit bermasalah seperti jerawat dan sebagainya ada serum khusus macam ni. Pelembap ini berformula ringan, tidak berminyak dengan penyerapan pantas dan penghidratan berpanjangan yang membantu merapatkan liang roma dan membaiki masalah jerawat.

Ia mengandungi MPS yang menggalakkan Asid Hyaluronik bagi meningkatkan keupayaan sel-sel kulit untuk bertambah dan mengekalkan kelembapan kulit.

Hiruscar Anti Acne Spot Gel

Ini merupakan star produk Hiruscar Anti Acne iaitu spot gel. Spot gel ni yang kita pakai kat kawasan yang berjerawat dan bermasalah tu. Tapi yang bestnya ia tidak berwarna dan cepat kering. So takdelah nampak ubat jerawat bertepek kat muka lepas pakai, kan?

Gel lutsinar ni ringan sangat plus tak berminyak. Disebabkan ianya diformulasi dengan bahan antibakteria, so ia mampu mengurangkan kesan jerawat tanpa membuat kulit muka kita menggelupas. Senang cerita, ianya bertekstur mild, sesuai untuk yang berkulit sensitive juga.

Kenapa Hiruscar Anti Acne Spot Gel ni jadi produk terbaik ya?

Sebab dekat 98% orang yang cuba spot gel ni, berpuas hati dengan efek dia walaupun hanya seminggu cuba produk ni. Selain itu juga, menurut kaji selidik Hiruscar, dekat 94% juga yang boleh nampak ada perubahan pada bintik hitam dan pengurangan masalah jerawat. Gila best kan?

Spot gel mengandungi Asid Salicylic yang mampu merawat jerawat dan mengurangkan kesan parut. Tak cukup dengan itu, spot gel ni ada vitamin C juga untuk meremajakan kulit dan memberikan kulit kesan anjal lepas pakai. Mantap betul.

Cara penggunaan

Cara nak guna ketiga-tiga produk ini mudah je. Mula-mula, start dengan membersihkan wajah lah ofcourse dengan menggunakan Hiruscar Anti Acne Pore Purifying Cleanser tau. Ambil sedikit gel pembersih wajah, lebih kurang sebesar syiling 50 sen. Kemudian urut lembut pada wajah yang basah sehingga keluar buih bersih. Gosok kawasan yang mempunyai kotoran mendalam dan bilas bersih dengan air.

Langkah kedua, pakai Hiruscar Anti Acne Pore Purifying Serum pula. Caranya, ambil 2-3 pump serum dan sapu rata pada kulit. Anda boleh pakai serum ni selepas mengenakan toner tau. Urut lembut sehingga serum meresap pada kulit. Korang boleh rasa kulit lembut dan lembap je lepas pakai, ini tak tipu punya.

Langkah ketiga, lepas pakai serum dan juga pelembap, korang pakailah Hiruscar Anti Acne Spot Gel ini. Yang ni pun mudah je, korang buka penutup tu, kemudian picit botol dan keluarlah gel lutsinar. Pakai pada kawasan bermasalah pada kulit ataupun parut jerawat. Kalau pakai secara consistent, insyaAllah boleh nampak hasil, sebab kawan-kawan kita pun pakai Hiruscar Spot Gel ni lepas dia ada jerawat.

Harga

Produk ini boleh didapati di semua cawangan Watsons Malaysia seluruh negara dengan harga:

Hiruscar Pore Purifying Cleanser : RM27.80
Hiruscar Pore Purifying Serum : RM75.00
Hiruscar Spot Gel : RM26.80.

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, boleh ke website rasmi Hiruscar www.hiruscar.com.my

HIruscar Anti-Acne Roadshow

Bagi student-student university yang selalunya prone dengan masalah jerawat ni ( sebab stress belajar kot? LOL ), haa depa ada buat Roadshow ya di kampus-kampus terpilih bermula 26 September hingga 31 Oktober 2017.

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (UKM),
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak (UIAM)
Universiti Malaya, PJ (UM)
Universiti Putra Malaysia, Serdang (UPM)
Universiti Teknologi MARA, Shah Alam (UITM)
Tunku Abdul Rahman College University, Setapak (TAR UC)

Ok sekian saya perkongsian yang saya rasa amat bermanfaat untuk kulit wajah kita. Yang penting produk ni mampu milik dan berkesan dannnnnn bukan produk repackaging ya. Selamat mencuba!

Read more: http://theaidasue.com/2017/08/review-guna-hiruscar-anti-acne-hapus-jerawat-dan-parut/