#ClubSpotless – Fatin Bella

Hiruscar Anti Acne Review

Hi korang!

Siapa kat sini yang ada masalah muka seperti jerawat? Im sure kebanyakan dari kita semua tak kira lelaki atau perempuan mesti menghadapi masalah kulit berjerawat sama ada sikit ataupun banyak. Kadang-kadang tu ada event penting lah, jerawat tu nak muncul. Betul tak? Namun, gaya hidup harian yang sibuk tidak lagi menjadi halangan untuk kita semua menjaga kesihatan kulit muka kita. Dengan hanya menggunakan 3 langkah mudah, kulit muka kita akan menjadi sentiasa segar, sihat, bersih dan jerawat pun hilang!

Pernah dengar produk Hiruscar Anti Acne?
Hiruscar Anti Acne adalah gel penyerap pantas yang memudarkan luka di wajah dan menjadikan kulit lebih licin tanpa jerawat. Ianya direka untuk merawat dan mengurangkan jerawat, blackheads, whiteheads, radang jerawat dan juga kemerah-merahan (redness) . Hiruscar Anti Acne diformulasikan untuk menjadi lembut pada kulit sesuai untuk penggunaan pada muka dan kulit sensitif

Hiruscar Anti Acne terdiri daripada 3 iaitu :

Hiruscar Pore Purifying Cleanser
Pembersihan gel dirumuskan dengan surfaktan ringan (mild surfactant), bebas minyak, pewarna & alkohol. Ia membantu untuk menyucikan muka kita, menghilangkan kotoran dan minyak berlebihan yang merupakan punca jerawat pada muka. Cleanser ni pun mempunyai formulasi anti bakteria yang membantu kulit menjadi bersih dan mengekalkan tahap kelembapan dan meningkatkan keanjalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif

Hiruscar Pore Purifying Serum
Serum ini dirumuskan dengan bahan aktif yang kompleks yang memberi manfaat anti jerawat. Ianya membuatkan kulit sentiasa lembap, mengurangkan minyak berlebihan pada muka, mengetatkan liang-liang, memperbaiki keadaan jerawat dan meningkatkan keanjalan kulit. Serum ni sangat ringan. Letak kat muka je terus serap ke dalam kulit. Serum ini juga mempunyai ekstrak Artichoke untuk mengekalkan kulit licin. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif

Hiruscar Spot Gel
Dirumus khas untuk kulit berjerawat. Ia mengandungi salicylic acid untuk merawat jerawat dan membantu mengurangkan jerawat, mengurangkan saiz jerawat dan menyembuhkannya dengan lebih cepat dengan sifat keratolitiknya. Dengan adanya MPS, ianya dapat mengekalkan kelembapan kulit dan dengan tambahan Vitamin C, membantu menghalang bintik-bintik gelap dari jerawat. Selain itu, Hiruscar Spot Gel juga mengandungi ekstrak semulajadi yang mempunyai ciri-ciri anti radang dan soothing effect semasa penyembuhan jerawat. Tidak ada peeling effect, tidak membuatkan kulit menjadi kering dan fast relief. Kita boleh tengok hasilnya dalam masa 2 hari je! Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif

Cara Penggunaan Hiruscar Anti Acne
Cara untuk menggunakan produk Hiruscar ni sangat mudah. Pertama sekali, cuci muka dengan menggunakan Cleanser pada waktu pagi dan malam. Selepas mandi, gunakan pulak Serum dan yang terakhir, sapukan Spot Gel pada kawasan muka yang berjerawat.

Review Hiruscar Anti Acne :
Ohhh I loveeee Hiruscar Anti Acne! Aten dah gunakan produk Hiruscar Anti Acne ni seminggu lebih dan tak pernah miss walaupun 1 hari. Gigih tau Aten pakai 2 kali sehari semata-mata untuk tengok hasilnya. Yela, katanya kita boleh lihat hasilnya dalam masa 2 hari. Tu yang terus pakai bila dapat. Macam biasa pagi2 Aten akan mandi cuci muka dengan Cleanser Hiruscar. Crystal clear liquid yang wangi dan bauan yang sangat menenangkan membuatkan Aten rasa segar bila mencuci muka. Selepas mandi pula, Aten sapu kat muka Aten Serum dari Hiruscar Anti Acne. Bau dia ada macam bau herbs sebab ada ekstrak tumbuhan. Bila pakai tu, lembap je rasa kulit Aten. Dengan cuaca tak menentu sekarang ni, pemakaian serum ni sangat penting bagi Aten untuk mengekalkan kelembapan kulit dan terakhir sekali ialah Spot Gel yang merupakan hero product dari Hiruscar Anti Acne ni . Kenapa Aten cakap hero product? Sebab Aten tepek je Spot Gel ni dekat kawasan jerawat muka Aten non stop selama 2 hari, dah kecut wehhh jerawat Aten! Dengan penggunaan lengkap ketiga-tiga produk ni In Shaa Allah jerawat korang akan slowly kecut dan memudar. Alhamdulillah Aten dah jumpa set penjagaan kulit yang Aten suka. Dalam masa 2 hari je dah ada hasil pudar kesan jerawat Aten. Suka suka suka! 😀

P/S : Masa penyembuhan berbeza-beza bergantung kepada keadaan, saiz, jenis, keterukan dan jerawat itu sendiri.

Harga Hiruscar Anti Acne :
Hiruscar Pore Purifying Cleanser : RM27.80
Hiruscar Pore Purifying Serum : RM75.00
Hiruscar Spot Gel : RM26.80
Hiruscar Anti Acne ni boleh didapati dan dibeli di semua outlet Watsons seluruh Malaysia

Hiruscar Uni Campus Roadshow (26th September – 12st October)

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (UKM)
Universitu Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak (UIAM)
Universiti Malaya, PJ (UM)
Universiti Putra Malaysia, Serdang (UPM)
Universiti Teknologi MARA, Shah Alam (UITM)
Tunku Abdul Rahman College University, Setapak (TAR UC)

Berita baik untuk semua pelajar campus di atas! Hiruscar berbesar hati akan mengadakan roadshow Hiruscar di campus terpilih seperti di atas dan korang akan berpeluang untuk mencuba dan tahu lebih lanjut mengenai produk Hiruscar dengan lebih dekat. Stay tune ya! 🙂

Read more: http://www.fatinbella.com/2017/08/hiruscar-anti-acne-review.html