#ClubSpotless – Femag Online

DKSH LANCARKAN RANGKAIAN PRODUK PENJAGAAN KULIT HARIAN HIRUSCAR ANTI-ACNE

Produk-produk penjagaan kulit Hiruscar Anti-Acne yang bertindak untuk mengekalkan kulit sihat dan bebas parut jerawat telah dilancarkan hari ini oleh Unit Perniagaan Penjagaan Kesihatan DKSH yang merupakan rakan niaga terkemuka bagi syarikat-syarikat penjagaan kesihatan yang ingin mengembangkan perniagaan di rantau Asia.

Rangkaian penjagaan kulit Hiruscar Anti-Acne oleh Medinova yang berpusat di Switzerland ini terdiri daripada Pore Purifying Cleanser, Pore Purifying Serum dan Spot Gel. La telah diuji secara klinikal untuk menangani masalah jerawat ringan hingga sederhana yang merangkumi bintik hitam, bintik putih, papul dan pustul. Rumusan uniknya mengawal secara efektif pengeluaran sebum, mengurangkan bakteria dan sel kulit mati di samping menyeimbangkan paras kelembapan kulit dan mengurangkan perulangan akne.

Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser adalah gel pembersih lembut yang diformulasi untuk membersih kulit secara mendalam, menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum adalah pelembap berformula ringan, tidak berminyak dengan penyerapan pantas dan penghidratan berpanjangan yang membantu merapatkan liang roma dan memperbaiki masalah jerawat manakala Hiruscar Anti-Acne Spot Gel pula adalah gel lutsinar yang ringan dan tidak berminyak dengan formulasi antibakteria yang merawat dan memudarkan parut jerawat tanpa menyebabkan kulit mengelupas.

Menurut satu kaji selidik terkini yang dijalankan oleh Hiruscar, kira-kira 90% rakyat Malaysia pernah mengalami atau sedang menghadapi masalah jerawat . Jerawat yang biasanya dianggap sejenis masalah kulit yang berlaku ketika usia akil baligh ini sebenarnya boleh dialami sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Daripada masalah yang ringan seperti sedikit bintik-bintik di muka, belakang badan dan dada, jerawat boleh berlarutan hingga menyebabkan tekanan emosi dan parut kekal jika tidak dirawat.

Kaji selidik kepuasan pelanggan yang dijalankan baru-baru ini telah menunjukkan hasil yang positif dari rangkaian penjagaan kulit Hiruscar Anti-Acne di mana 85% pengguna yang mencuba Hiruscar Anti-Acne Spot Gel melaporkan perkembangan yang baik dalam masa dua hari . Antara penemuan lain termasuk:

• 98% yang mencubanya sangat berpuas hati dengan rangkaian penjagaan kulit Hiruscar Anti-Acne, melaporkan peningkatan selepas hanya seminggu menggunakannya
• Lebih daripada 94% pengguna yang mencuba Spot Gel mendapati ada perubahan pada bintik hitam dan pustul dan 96% melihat pengurangan keseluruhan pada kemunculan jerawat
• 93% yang mencubanya melaporkan perubahan pada keadaan jerawat secara keseluruhan selepas menggunakan Pore Purifying Serum dengan kerap.

Berucap di majlis pelancaran Hiruscar Anti-Acne, Dr. Ch’ng Chin Chwen, Pakar Perunding Dermatologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya berkata, “Ramai menyangka jerawat adalah kesan daripada tidak membersihkan kulit dengan betul dan pengambilan makanan berminyak dan coklat. Sebenarnya, jerawat disebabkan oleh bakteria P.acne yang membiak di dalam minyak berlebihan yang terperangkap di dalam liang roma kita. Menggosok kulit secara berlebihan akan hanya menyebabkan kulit menjadikan kering dan merengsa. Ini boleh menyebabkan lebih banyak keradangan dan juga parut. Oleh itu, adalah penting untuk mendidik pengguna tentang cara yang betul untuk menangani masalah jerawat.”

Sempena pelancaran produk ini, Hiruscar Anti-Acne juga memperkenalkan Club Spotless, sebuah kempen kecantikan yang disasarkan pada pengguna aktif media sosial. Hiruscar Anti-Acne akan memberikan 250 Spotless Kit yang mengandungi Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser dan Hiruscar Anti-Acne Spot Gel untuk menggalakkan para peserta menggunakan platform ini bagi berkongsi kisah kecantikan mereka dengan Hiruscar Anti-Acne.

“Kami komited dalam mendidik pengguna mengenai penjagaan kulit Anti-Acne yang betul untuk mendapatkan kulit yang bebas parut jerawat dan meningkatkan keyakinan diri mereka. Melalui Club Spotless, kami menggalakkan pengguna untuk mengawal masalah kulit mereka di samping menyediakan platform perkongsian untuk memberi inspirasi kepada pengguna lain apabila mereka berkongsi kisah kejayaan masing-masing. Kami juga ingin memperkenalkan rangkaian product ini melalui Spotless Pop-up Store di enam universiti terpilih di Lembah Klang supaya pelajar-pelajar boleh mendapatkan nasihat pakar dan sampel produk-produk penjagaan Hiruscar Anti-Acne,” kata Pang Koon Yin, Pengurus Senior, Ketua Kesihatan Pengguna, Pengurusan Pemasaran, Kesihatan Pengguna, DKSH Malaysia.

Produk-produk penjagaan kulit Hiruscar Anti-Acne boleh didapati di semua farmasi utama di seluruh negara pada harga antara RM 26.80 hingga RM 75.00. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rangkaian produk Hiruscar Anti-Acne, layari laman sesawang rasmi Hiruscar www.hiruscar.com.my

Read more: http://www.femagonline.com/2017/09/15/dksh-lancarkan-rangkaian-produk-penjagaan-kulit-harian-hiruscar-anti-acne/