APAKAH HIRUSCAR ANTI-ACNE?
Rangkaian produk Hiruscar Anti-Acne dirumus dan terbukti berkesan untuk menangani pelbagai masalah jerawat ringan hingga sederhana seperti Jerawat Hitam (blackhead) / Jerawat Putih (whitehead), Papul dan Pustul. Ia membantu mengawal rembesan sebum, mengurangkan pengumpulan bakteria, menyingkirkan sel-sel kulit mati, menyeimbangkan tahap lembapan kulit dan mengurangkan episod jerawat daripada berulang. Produk ini dirumus khas dengan bahan-bahan yang tidak merengsakan kulit, malah ia sesuai untuk digunakan pada muka dan kulit yang mudah berjerawat.

Apakah jerawat atau akne?

Jerawat adalah masalah kulit kronik yang biasanya berlaku disebabkan folikel rambut dan kelenjar sebum yang tersumbat dan/atau mengalami keradangan. Jerawat terbahagi kepada beberapa jenis, dan ia mungkin diiringi dengan keradangan kulit atau tanpa melibatkan keradangan atau campuran kedua-duanya. Jerawat lazimnya menyerang bahagian muka, namun ia juga boleh berlaku pada leher, dada dan belakang badan.

Salah satu faktor penyebab utama jerawat ialah Propionibacterium acnes (P.acne), iaitu bakteria yang menggunakan rembesan kelenjar sebum sebagai sumber makanannya. Liang-liang kulit yang tersumbat oleh sel-sel kulit mati dan rembesan minyak berlebihan akan mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pertumbuhan P.acne. Keadaan ini menjadi semakin teruk apabila berlaku jangkitan jerawat dan keradangan kulit.

Masalah jerawat mungkin bertambah teruk disebabkan:

  • Tekanan & merokok
  • Penggunaan kosmetik yang menghalang kulit daripada ‘bernafas’
  • Diet harian yang terdiri daripada makanan berasaskan tenusu dan makanan tinggi indeks glisemik (makanan karbohidrat yang diproses dengan cepat oleh tubuh dan menyebabkan kadar gula darah meningkat)
  • Tahap kelembapan udara yang tinggi
  • Kesan sampingan ubat, contohnya steroid, hormon, antikonvulsan dan sebagainya
  • Penyakit ovari polisistik

Jenis-jenis jerawat

Jerawat hitam (blackhead) dan jerawat putih (whitehead). Jerawat hitam muncul sebagai bintik hitam yang dapat dilihat dengan ketara pada permukaan kulit. Jerawat putih bersaiz lebih kecil dan biasanya muncul sebagai benjolan di bawah permukaan kulit.

Papul juga sering dipanggil lesi kulit dan boleh dilihat pada permukaan kulit. Ia adalah benjolan kecil, biasanya berwarna kemerah-merahan dan kadangkala kelihatan berkelompok seperti ruam.

Pustul berwarna merah pada bahagian dasarnya dan berisi nanah (benjolan dipenuhi cecair). Ia boleh dilihat dengan jelas pada permukaan kulit.

*Hasilnya mungkin berbeza mengikut individu.