APAKAH HIRUSCAR POST PARUT?

Hiruscar Post Acne ialah gel jernih bersifat 100% antibakteria yang dirumus khas untuk penyerapan cepat dan mudah. Formula 3-dalam-1 yang unik bertindak secara sinergistik untuk memulihkan parut jerawat, mencerahkan cela hitam dan mencegah pembentukan parut jerawat kekal yang baharu. Ia juga menyembuhkan luka secara semula jadi dan pada masa yang sama memudarkan tompok-tompok hitam dan/atau cela keperangan pada kulit. Untuk melihat hasil terbaik, rawatan hendaklah diteruskan selama 2 minggu hingga 2 bulan*, 2 hingga 3 kali* penggunaan setiap hari. Tempoh rawatan juga mungkin berbeza-beza dan bergantung kepada keadaan luka jerawat.

*Hasilnya mungkin berbeza mengikut individu.

Jenis-jenis Parut

1. Parut Hipotrofik (Parut yang Tenggelam)

Parut hipotrofik terbentuk apabila penghasilan tisu kulit baru tidak mencukupi untuk menggantikan tisu yang rosak. Tindakan memicit jerawat boleh mengakibatkan jangkitan yang berulang dan melarat ke bahagian lain. Jenis parut sebegini lazimnya berlaku pada muka dan pipi.

2. Parut Hiperpigmentasi (Tompok Perang Gelap)

Jerawat boleh menyebabkan perubahan warna kulit yang mungkin kelihatan seperti:

Tompok Perang Gelap: Tompok gelap berlaku disebabkan penghasilan melanin yang berlebihan, walaupun jerawat sudah
sembuh. Parut ini biasanya kelihatan untuk suatu tempoh masa dan lama-kelamaan semakin pudar.

Kesan Cela dan Lebam: Jangkitan pada jerawat yang dicirikan oleh bengkak yang merah, bernanah dan menyakitkan akan menyumbang kepada pembentukan cela kulit dan tanda lebam sekiranya proses penjanaan semula sel-sel kulit terjejas.

Parut jerawat boleh sembuh namun proses ini mungkin mengambil masa melebihi tiga bulan. Jika jerawat muncul secara berulang kali di tempat yang sama, ia mungkin membentuk parut kekal atau bintik hitam.

Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, anda hendaklah memastikan agar rawatan jerawat dimulakan dengan secepat mungkin. Elakkan daripada menekan atau memicit jerawat dan pilih rawatan yang khusus untuk parut jerawat. Untuk memperoleh kesan terbaik, gunakan Hiruscar® Post Acne dalam rutin penjagaan kulit harian anda.

Mengapa Memilih Hiruscar® Post Acne?

1. Ia merupakan rawatan yang berkesan untuk parut jerawat. Anda boleh menggunakannya untuk memperbaiki semua jenis parut jerawat termasuk:
Parut hipotrofik (MPS merangsang penjanaan semula sel-sel kulit baharu).
Tompok hitam dan kesan cela merah (Allium Cepa mencerahkan bintik hitam dan mengurangkan kemerahan).

2. Ia mengandungi bahan-bahan yang berupaya menyekat pertumbuhan bakteria, mengurangkan jerawat dan menghalang pembentukan jerawat baharu yang berulang di tempat sama.

3. Formula hipoalergenik tidak merengsakan kulit

4. Ujian klinikal juga membuktikan Hiruscar® Post Acne tidak menyumbat liang roma kulit atau menyebabkan jerawat

5. Formula tanpa alhohol tidak memedihkan kulit.

100% Keputusan Positif dalam Ujian Kepuasan.*
Dalam satu ujian kepuasan yang dijalankan terhadap 21 orang subjek yang sering menghadapi masalah jerawat: Hasilnya: Parut subjek kelihatan lebih sekata, manakala bintik-bintik hitam dan kemerahan akibat keradangan mula pudar dalam masa empat minggu

*Penilaian Klinikal Potensi Produk Kosmetik Bukan Komedogenik: Kajian Di Bawah Kawalan Dermatologi oleh Dermscan Asia, Co. Ltd. (2010)

Rumusan Hipoalergenik.**
Terbukti berkesan secara klinikal, selamat untuk digunakan, tidak merengsakan kulit, malah selamat untuk digunakan pada kulit sensitif

*Penilaian Klinikal Potensi Produk Kosmetik Bukan Komedogenik: Kajian Di Bawah Kawalan Dermatologi oleh Dermscan Asia, Co. Ltd. (2010)

Formula 100% Tanpa Alkohol.

*Hasilnya mungkin berbeza mengikut individu.