APAKAH HIRUSCAR SILICONE PRO?

Hiruscar Silicone Pro adalah gel penjagaan parut yang terbukti secara klinikal berkesan untuk menghalang dan merawat pembentukan parut hipertrofi dan parut keloid akibat pembedahan, kemalangan atau kulit terbakar / melecur.

Ia dirumus khas untuk memperbaiki penampilan parut lama dan baharu dalam masa 4 minggu sahaja secara selamat dan berkesan melalui mekanisme Tiga Tindakan untuk memudarkan kesan parut, meratakan serta melembutkan parut, dan melegakan kegatalan.

Garis panduan praktikal antarabangsa terbaru untuk penjagaan parut mengesyorkan penggunaan gel silikon topikal sebagai pilihan pertama yang tidak bersifat invasif untuk memulihkan parut. Menurut panel pakar perubatan yang dilantik untuk membangunkan garis panduan tersebut, ia adalah pilihan terbaik untuk mencegah dan merawat parut yang timbul dan berwarna kemerahan.

Hiruscar Silicone Pro dengan rumusan cepat kering sungguh selesa digunakan, walaupun pada kulit sensitif. Teksturnya yang licin membolehkannya disapu dengan mudah pada seluruh kawasan parut yang timbul dan tidak sekata.

Eur J Dermatol. 2014 Jul-Aug;24(4):435-43. doi: 10.1684/ejd.2014.2356.

*Hasil Ujian Kepuasan Yang Memberangsangkan: Dalam satu ujian kepuasan yang dijalankan terhadap 52 orang subjek yang mengalami masalah parut, 100% berpuas hati dengan produk ini, manakala 73% melaporkan keadaan parut yang semakin baik selepas penggunaan selama seminggu. Parut kelihatan lebih pudar, sekata, lembut dan kurang gatal.

*Penafian: Hasilnya mungkin berbeza-beza mengikut individu.