BAGAIMANAKAH SYOR PENGGUNAAN HIRUSCAR KIDS?

Sememangnya mustahil untuk kita melindungi anak-anak kita sepanjang masa

Apabila si manja anda menangis kesakitan selepas tercedera ketika bermain atau disebabkan kemalangan, anda sebagai ibu atau bapa pasti akan merasai keperitan itu dan mencuba pelbagai usaha untuk menghentikan kesakitan tersebut. Jika rawatan tidak diberikan dengan secepat mungkin, luka boleh bertukar menjadi parut yang hodoh. Parut berupaya menjejaskan keyakinan diri dan membuatkan anak anda berasa malu apabila sering dipersendakan oleh rakan-rakan. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu mengetahui cara merawat luka dengan sempurna dan berkesan agar kulit anak anda akan pulih dan kembali sihat seperti sediakala.

Cara yang lembut dan amat berkesan untuk menyembuhkan parut pada kulit sensitive

Terdapat pelbagai cara untuk menyembuhkan parut, namun sesetengahnya mungkin agak menakutkan, walaupun bagi orang dewasa. Contoh-contoh kaedah yang sering digunakan ialah radiasi, pembedahan, suntikan kortikosteroid, gel silikon dan sebagainya. Namun, cara yang paling mudah, ringkas dan selamat untuk menyembuhkan parut adalah dengan menggunakan gel yang terbukti selamat, tidak merengsakan kulit, tidak mencetuskan alahan dan berkesan untuk memudarkan dan melicinkan parut. Gel ini juga mudah diserap untuk mengembalikan kehalusan dan kelembutan semula jadi kulit.

Sapu Hiruscar Kids dengan lembut pada luka tertutup sebanyak 2-3 kali sehari. Penggunaan berterusan dapat membantu memudarkan, melicinkan dan melembutkan parut.