BAGAIMANAKAH SYOR PENGGUNAAN HIRUSCAR POSTACNE?

Sapu Hiruscar Post Acne dengan lembut pada bahagian terbabit sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali sehari. Dengan ciri penyerapannya yang baik, Hiruscar Post Acne boleh digunakan bersama solekan dan menjadi sebahagian daripada rutin harian rawatan kulit anda. Dengan penggunaan yang berterusan sebagaimana disyorkan, parut jerawat lazimnya akan mulai pudar dalam masa 4 minggu*.

  • Rawatan berterusan selama 4 minggu adalah disyorkan untuk tompok-tompok hitam dan merah.
  • Rawatan berterusan melebihi 4-8 minggu adalah disyorkan untuk parut jerawat yang dalam.
  • Untuk mencegah jerawat daripada membentuk parut, sapu Hiruscar Post Acne secara berterusan selama 4 minggu sebaik sahaja keradangan jerawat mulai pulih.
  • Rawatan berterusan juga boleh mengelakkan pertumbuhan jerawat berulang.

* Kajian klinikal yang dijalankan ke atas 21 subjek (Feb 2010) oleh Dermscan, Perancis