Cara Menghilangkan Parut Jerawat Untuk Dewasa

Sesetengah orang dikurniakan kulit yang baik kerana jerawat mereka tidak meninggalkan sebarang bekas parut. Namun, bagi sesetengah insan yang lain, setelah mengalami masalah jerawat teruk, kita diberi peringatan fizikal mengenai sejarah masa lalu – parut jerawat.

Orang dewasa biasanya mempunyai parut jerawat daripada zaman remaja, yang boleh menimbulkan rasa malu dan menjengkelkan. Bagi sesetengah orang, ini boleh menjejaskan harga diri mereka kerana mereka tidak merasa yakin apabila berada dalam kalangan rakan sebaya mereka.

Mujurlah, terdapat pelbagai rawatan dan pembedahan yang boleh didapati untuk menghilangkan parut jerawat. Teruskan membaca untuk mengetahui maklumat lanjut!

1. Terapi kolagen-induksi

Prosedur ini dikenali sebagai menjarum atau jarum mikro. Ahli dermatologi melakukan prosedur ini untuk mendorong badan anda menghasilkan lebih banyak kolagen. Microneedling tidak sesuai untuk orang yang mempunyai parut jerawat yang timbul.

Semasa melakukan prosedur ini, pakar dermatologi anda akan menggolekkan penggelek tangan berjarum ke atas kawasan yang terjejas, seterusnya, menusuk ke dalam kulit anda. Dan ketika kulit anda mulai untuk sembuh, ia akan menghasilkan kolagen.

Sebilangan besar pesakit memerlukan tiga hingga enam rawatan untuk melihat hasilnya. Kadang-kala, masa yang diperlukan adalah sehingga sembilan bulan untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan. Walau bagaimanapun, anda akan melihat penambahbaikan secara beransur-ansur sebelum menjelang sembilan bulan.

2. Krim Menghilangkan Parut Jerawat

Krim penghilang parut jerawat adalah pilihan termudah dan menjimatkan untuk rawatan menghilangkan parut jerawat. Rawatan di rumah ini tidak memerlukan sebarang janji temu doktor.

Krim penghilang parut jerawat seperti Hiruscar membantu mengurangkan penampakkan kesan parut selepas beberapa Ketika dengan penggunaan yang konsisten. Krim ini berfungsi dengan membantu meratakan, menghaluskan, dan mencerahkan parut jerawat dengan selamat dan berkesan. Hiruscar gel berfungsi dengan baik untuk merawat semua jenis parut jerawat.

3. Pembedahan Parut Jerawat

Ahli dermatologi melakukan prosedur ini untuk merawat parut jerawat yang sangat ketara. Rawatan ini bertujuan untuk memudarkan kesan parut agar ia menjadi kurang ketara. Segala parut yang tinggal seharusnya pudar seiring dengan masa.

Semasa melakukan rawatan ini, pesakit akan berada dalam keadaan terjaga tetapi berasa kebas sehingga mereka tidak dapat merasakan sebarang rasa sakit. Ahli dermatologi boleh mengurangkan kesan parut dengan membawa parut lebih dekat ke permukaan kulit sehingga membuatnya kurang kelihatan.

Pembedahan parut jerawat yang lain melibatkan pemecahan tisu parut, yang boleh dilakukan dengan selamat di pusat perubatan. Pembedahan parut jerawat adalah disyorkan untuk golongan yang mempunyai parut yang serius.

4. Prosedur Resurfacing

Resurfacing melibatkan penyingkiran lapisan kulit di mana tubuh menghasilkan sel kulit baru.

Ahli dermatologi sering menggunakan salah satu dari prosedur resurfacing berikut untuk merawat parut jerawat: Resurfacing kulit laser, Pengelupasan kimia, Dermabrasion dan Microdermabrasion. Prosedur resurfacing adalah untuk merawat parut jerawat yang tidak terlalu dalam.

5. Fillers

Ahli dermatologi biasanya mengesyorkan fillers untuk menghilangkan parut jerawat. Anda mungkin memutuskan untuk menggunakan rawatan filler untuk menghilangkan parut jerawat yang serius dengan selamat dan berkesan. Fillers boleh digunakan untuk mengubati beberapa parut yang teruk, tetapi bukan untuk bekas luka tusukan icepick.

Ahli dermatologi dapat merawat bekas parut dengan kolagen, lemak pesakit, atau bahan lain. Beberapa fillers parut jerawat bersifat sementara dan bertahan sekitar enam hingga lapan belas bulan sahaja. Namun, terdapat juga pilihan untuk kesan yang berkekalan. Sama ada penyelesaian yang sementara atau pun kekal, kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan.

6. Penegangan Kulit

Dalam prosedur ini, pakar dermatologi menggunakan teknologi yang disebut frekuensi radio untuk proses penegangan kulit. Apabila kulit menegang, parut jerawat yang serius akan menjadi kurang ketara. Walau bagaimanapun, pilihan rawatan ini akan memerlukan temu janji berulang kali.

Rawatan frekuensi radio juga memerlukan beberapa rawatan penjagaan di rumah. Anda perlu menggunakan pelindung matahari setiap pagi dan krim pelembap pada waktu malam. Anda perlu melakukan ini sekurang-kurangnya selama satu minggu selepas setiap rawatan.

Penegangan kulit berfungsi dengan baik untuk merawat parut jerawat yang serius, tusukan dalam, dan bekas parut boxcar.

Parut jerawat tidak seharusnya menjejaskan harga diri dan keyakinan diri anda. Nasib baik, terdapat penyelesaian untuk menghilangkan parut jerawat untuk orang dewasa, tidak kira berapa lama anda telah mengalaminya.

Bergantung kepada jenis parut yang anda ada, anda mungkin memerlukan satu atau gabungan penyelesaian dalam menghilangkan parut jerawat yang disebutkan di atas. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk kepada online stores kita.