RUMUSAN DAN MANFAAT

Empat ramuan utama dalam Hiruscar Silicone Pro bertindak secara sinergistik untuk memudarkan, meratakan dan melembutkan parut.


Gel Silikon

Digunakan secara meluas oleh doktor sebagai pilihan utama yang tidak bersifat invasif dalam rawatan dan pencegahan parut kemerahan yang timbul. Gel silikon bertindak melalui mekanisme berikut:

Mencegah Kehilangan Air Transepidermal
Gel silikon membentuk lapisan pelindung pada kulit untuk mencegah kehilangan lembapan melalui epidermis kulit. Untuk menyembuhkan parut, tahap penghidratan kulit perlu dioptimumkan kerana sel-sel di sekeliling parut yang kekurangan air akan menghasilkan kolagen secara berlebihan, seterusnya menyumbang kepada pembentukan parut yang ketara.

Membentuk penghalang fizikal di antara kulit dengan bakteria di persekitaran
Melindungi kulit daripada jangkitan bakteria yang boleh menyebabkan penghasilan kolagen tidak normal dan pembentukan parut yang lebih serius.

Meredakan kegatalan
Lapisan gel silikon berperanan menormalkan semula penghidratan sel-sel kulit sekitar bagi membantu mengurangkan ketidakselesaan, kesakitan dan kegatalan yang dikaitkan dengan penyembuhan luka.

Mengubah ekspresi faktor pertumbuhan fibroblast
Penggunaan gel silikon dalam usaha penyembuhan parut akan meningkatkan paras faktor pertumbuhan fibroblast asas (bFGF), iaitu sitokin utama yang terlibat dalam pembentukan parut. Ia berperanan menyeimbangkan aktiviti pada dasar luka agar penghasilan kolagen dapat dikawal dan parut hipertrofi dapat dicegah.

Mucopolysaccharide Polysulphate (MPS)

Mucopolysaccharide polysulphate adalah ramuan utama yang dipatenkan dalam semua rangkaian produk Hiruscar. Agen anti-radang semula jadi ini mengalakkan penghasilan asid hyaluronik dan meningkatkan tahap lembapan kulit bagi merangsang penjanaan semula sel. MPS memastikan kulit terus terhidrat dan jalinan sel-sel kulit diperkukuhkan sepanjang proses penyembuhannya.

Vitamin C

Vitamin C adalah antioksidan yang sering digunakan dalam rawatan kulit untuk meminimumkan hiperpigmentasi dan tekstur kulit yang tidak sekata. Vitamin C dalam Hiruscar Silicone Pro berfungsi untuk memudarkan parut dan mengurangkan kemerahan supaya parut tampak kurang ketara.

Vitamin E

Antioksidan yang melegakan dan melembapkan kulit ini membantu menyembuhkan parut dengan menguatkan lapisan perlindungan kulit, meningkatkan keanjalan kulit, memperbaiki tahap lembapan dan meredakan keradangan.

Arch Facial Plast Surg. 2004 Mar-Apr;6(2):88-93.
*Penafian: Hasilnya mungkin berbeza-beza mengikut individu.