KEBERKESANAN
Rumusan unik ini terdiri daripada gabungan beberapa bahan utama yang bertindak secara sinergistik untuk memperbaiki masalah jerawat. Hiruscar Anti-Acne telah diuji dan terbukti berkesan, malah ia juga sesuai digunakan pada kulit yang mudah berjerawat.

MPS (Mukopolisakarida Polisulfat)
Menggalakkan penghasilan asid hyaluronik bagi meningkatkan keupayaan sel-sel kulit untuk menambah dan mengekalkan lembapan.

Asid Salisilik
Bertindak sebagai agen pengelupasan untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dan membuka liang-lian kulit yang tersumbat.

Allium Cepa
Mengandungi agen antioksida serta mampu meredakan kerengsaan kulit.

Laricyl
Bersifat astringen, mengecilkan liang-liang kulit dan melembapkan kulit.

Bisabolol dan Jus Daun Aloe
Membantu melegakan kerengsaan kulit.

Ekstrak Biji Moringa & Ekstrak Articok
Ekstrak biji Moringa mengandungi agen antioksida dan ekstrak Articok membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan, serta mencerahkan kulit.

Etil Asid Askorbik (Vitamin C)
Mencerahkan kulit, memudarkan tompok-tompok hitam dan mengurangkan kedutan.

JAMINAN KESELAMATAN
Rangkaian Hiruscar Anti Acne terbukti tak komedogenik, hipoalergenik dan selamat untuk digunakan oleh orang dewasa berusia 18 tahun dan ke atas.

*Hasilnya mungkin berbeza mengikut individu.