KEBERKESANAN

6 elemen biomolekul yang menjadi teras penjagaan parut terkandung di dalam Hiruscar.

Oleh kerana parut terjadi akibat pelbagai sebab dan melalui pelbagai cara, anda memerlukan produk pembaikan parut serba menyeluruh yang dirumus daripada bahan-bahan berciri perubatan.

Keenam-enam elemen biomolekul ini, yang seharusnya diadun dalam nisbah tepat supaya ia dapat bertindak secara sinergistik bagi menjamin keberkesanan rawatan, terkandung sempurna di dalam Hiruscar. Sekarang, setelah anda memahami tentang ciri-ciri pelbagai jenis luka serta bahan-bahan yang diperlukan untuk rawatan, anda boleh membuat pilihan produk penjagaan parut berkualiti tinggi yang tepat dan sesuai untuk diri anda.

MPS (Mucopolysaccharide Polysulphate)
Mempercepatkan penghasilan asid hyaluronik bagi meningkatkan keupayaan sel-sel kulit untuk mengekalkan lembapan. Hasilnya, parut menjadi semakin pudar manakala pengaliran oksigen dan nutrien di dalam lapisan epidermis kulit menjadi semakin lancar.

Allium Cepa
Membantu mencegah pengumpulan tisu berlebihan. Ia juga mengecilkan saiz parut, meredakan ruam merah dan mengurangkan kesan hitam pada kulit.

Allantoin
Mempercepatkan proses pengelupasan dan meningkatkan tahap lembapan kulit.

Aloe Vera
Mempercepatkan penyembuhan luka dan menghalang kulit daripada terus terjejas.

Vitamin B3
Meratakan tona kulit dan menghilangkan cela hitam.

Vitamin E
Pelembap dan agen antioksida berkeberkesanan tinggi.