Bagaimana Cara Untuk Mencegah Jerawat Semasa Memakai Topeng Muka?

Di samping masyarakat diwajibkan untuk memakai topeng hidung terutamanya ketika berada di luar rumah disebabkan Covid-19, adalah penting juga untuk mengetahui cara merawat kulit wajah anda untuk mengelakkan masalah jerawat yang timbul akibat dari pemakaian topeng muka untuk masa yang lama.

Geseran, gosokan, dan peluh yang terperangkap di bawah topeng boleh memecahkan lapisan pelindung kulit seterusnya menyebabkan kemerahan dan kulit mengelupas. Malah, bahan yang digunakan untuk membuat topeng muka, gegelung telinga elastik, dan pewarna kertas atau kain boleh menjadi punca alergen bagi sesetengah orang – dan menyebabkan jerawat.

Untuk mengelakkan masalah jerawat, adalah sangat penting untuk seseorang menjaga kebersihan wajah mereka. Gunakan pelembap yang sesuai pada muka dan tangan anda untuk mengelakkan kekeringan dan kerengsaan, gantikan topeng muka jenis pakai buang dengan yang baru, dan elakkan dari memakai alat solek yang tebal di bawah topeng muka.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk mencegah masalah jerawat timbul semasa memakai topeng muka.

1. Sentiasa Memakai Topeng Muka yang Bersih

Topeng muka terpakai memerangkap bakteria. Oleh itu, sentiasa pakai topeng muka yang bersih. Sekiranya topeng muka baru tidak boleh didapati, semburkan bahagian dalam topeng muka dengan alkohol, dan biarkannya kering sebelum menggunakannya.

Jika tidak, pastikan anda mencuci topeng muka selepas setiap kali penggunaan untuk mencegah pembiakan bakteria, yang boleh menyebabkan jerawat. Sekiranya kulit anda mudah teriritasi, gunakan sabun pencuci atau sabun hypoallergenic untuk mencuci topeng anda.

2. Gunakan Pelembap atau Salap Berasaskan Minyak Sebelum Memakai Topeng

Semasa membeli pelembap yang berasaskan minyak, cari produk yang mengandungi shea butter, cocoa butter, atau minyak jojoba sebagai penghalang tambahan antara kulit dan topeng muka anda.

3. Pakai Solekan, Secara Nipis.

Alat solekan anda juga boleh menjadi penghalang tambahan antara kulit dan topeng muka anda. Walaubagaimanapun, pastikan anda menanggalkan solekan secepat mungkin kerana topeng yang melindungi bahagian atas kulit muka boleh menyebabkan solekan menyumbat liang-liang pori anda.

4. Gunakan Rutin Penjagaan Kulit Muka yang Lembut

Seperti mana anda sangat memerlukan untuk memakai topeng, anda juga memerlukan rutin penjagaan muka yang ringkas. Cari pembersih muka yang berasaskan susu atau losyen, pembersih minyak, toner berasaskan lidah buaya, dan juga pelembap muka. Pilih produk yang bebas wangian atau yang mempunyai wangian dari minyak pati untuk mengelakkan rengsaan di wajah anda.

5. Gunakan Krim Parut Jerawat

Produk rawatan parut jerawat seperti Hiruscar juga berfungsi sebagai krim pencegah jerawat. Hiruscar boleh digunakan sebagai rutin wajah malam untuk membantu mencegah jerawat. Ia juga boleh berfungsi sebagai lapisan perlindungan antara kulit dan topeng muka semasa anda tidak memakai alat solek.

6. Gunakan Fabrik Yang Lembut Pada Kulit Muka Anda

Sekiranya anda mempunyai masalah kulit sensitif atau kulit yang senang berjerawat, perkara yang paling anda ingin elakkan adalah menambahkan lagi kerengsaan dengan topeng muka yang gatal dan tidak selesa.

Jenis kain yang berbeza mempunyai tekstur yang berbeza, dan ada jenis yang akan merengsakan kulit anda lebih daripada yang lain. Contohnya, beberapa kain kapas bercetak yang digunakan untuk membuat topeng muka boleh menjadi terlalu kasar pada kulit anda. Oleh itu, gunakan sesuatu yang lebih halus, seperti neoprene, untuk mencegah kerengsaan kulit.

Malah, kapas boleh memerangkap kelembapan dengan lebih banyak berbanding daripada poliester atau nilon, jadi jika anda berada di kawasan yang panas, gunakan topeng yang diperbuat dari kain yang boleh bernafas dan tahan kelembapan.

7.Lindungi Telinga Anda

Menggunakan topeng dengan tali elastik boleh menyebabkan geseran dan melecet di bahagian belakang telinga anda. Sekiranya anda mempunyai masalah kulit sensitif atau anda perlu memakai topeng selama berjam-jam lamanya, anda boleh memasang tali pada butang di kepala anda atau memasang klip di belakang kepala anda.

Melindungi diri sendiri dan orang lain daripada ancaman virus adalah keutamaan kita semua buat masa ini. Dan, mengekalkan lapisan perlindungan kulit yang kuat boleh membantu mencegah penyebaran bakteria, virus, dan jangkitan, serta penting supaya kulit anda tetap lembut, kenyal, dan bebas jerawat. Sekiranya anda telah pun mempunyai jerawat atau bekas jerawat, anda boleh menggunakan gel jerawat dan gel menghapuskan bekas jerawat Hiruscar. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, hubungin kami.