PUNCA TERJADINYA PARUT

Parut Am

Faktor-faktor Dalaman

Faktor genetik menentukan berapa lambat atau cepat tubuh mampu menghasilkan sel-sel kulit dan kolagen yang baharu. Jika sistem pembaharuan sel kulit seseorang individu adalah perlahan, maka parut akan tampak lebih ketara dan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh.

Pembentukan parut juga dipengaruhi oleh lokasi luka. Kulit pada dagu, rahang, leher, bahu, dada dan bahagian belakang atas adalah lebih tipis berbanding bahagian tubuh yang lain hingga menyebabkan parut lebih mudah terbentuk di bahagian tersebut.

Faktor-faktor Luaran

Faktor-faktor luaran seperti jerawat, cacar air, suntikan vaksin ataupun pembedahan, sering menyebabkan terjadinya parut dan lazimnya sukar untuk dielakkan. Cuci luka dengan sempurna untuk mencegah jangkitan, dan elakkan daripada mengorek keruping sehinggalah ia tertanggal dengan sendirinya.

Parut Jerawat

Parut jerawat terjadi akibat proses penyembuhan dan pemodelan semula jadi tisu kulit. Hakikat ini sememangnya tepat menggambarkan keradangan berulang pada tempat yang sama hingga menimbulkan parut kekal, tompok merah, tompok hitam dan lubang/parut yang dalam. Perbuatan memicit jerawat juga sering menyebabkan jangkitan bakteria dan keradangan berulang pada tempat yang sama.