RAWATAN JERAWAT & PENJAGAAN KULIT SELEPAS EPISOD JERAWAT

Dalam panduan yang kami sediakan mengenai jerawat dan penjagaan kulit selepas episod jerawat, kami telah menerangkan pertumbuhan jerawat yang berlaku apabila terdapat jangkitan bakteria di bawah kulit, serta pelbagai jenis parut dan kesan yang timbul selepas berlakunya jerawat.
Bagi setiap kombinasi kulit, jenis jerawat dan parut yang berlaku selepas episod jerawat, terdapat pelbagai rawatan yang tersedia untuk membantu menangani masalah anda. Rawatan-rawatan ini bertindak melalui pelbagai cara, sama ada dengan mengurangkan keradangan, menggalakkan penjanaan semula sel kulit atau memperbaiki parut yang tenggelam.

SUNTIKAN KORTISON

Suntikan kortison ialah salah satu rawatan yang diketahui bertindak pantas bagi mengatasi masalah jerawat. Dalam prosedur ini, sedikit cecair kortikosteroid akan disuntik terus ke dalam jerawat untuk mengecutkannya dalam masa beberapa jam sahaja. Kaedah ini lazimnya digunakan bagi mereka yang perlu tampil dengan kulit yang licin tanpa jerawat dalam masa 24 jam. Keburukannya? Bagi sesetengah orang, kulit mungkin kelihatan ‘berlubang’ buat sementara waktu. Kesan ini dijangka hilang dalam masa beberapa minggu, namun kebergantungan pada suntikan ini boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang dan parut berkawah.

RAWATAN LASER

Terdapat beberapa jenis rawatan laser dan terapi lain berasaskan cahaya yang menyasarkan bakteria dan keradangan. Walaupun rawatan-rawatan ini sangat berkesan, ia menelan belanja yang besar dan anda perlu menghadiri beberapa sesi rawatan. Kebanyakan jenis laser juga boleh menyebabkan kerengsaan. Selepas menjalani rawatan, anda hendaklah menghindarkan kulit daripada terkena sinaran matahari untuk suatu tempoh yang agak lama agar kemerahan kulit akan reda dan proses pengelupasan kulit dapat berlaku secara semula jadi.

DERMABRASI DAN MIKRODERMABRASI

Teknik dermabrasi sering menjadi pilihan kerana ia boleh digunakan pada bahagian badan selain muka dan sesuai untuk parut jerawat yang berlubang-lubang. Walau bagaimanapun, prosedur ini tidak sesuai digunakan pada kulit berwarna gelap disebabkan risiko penyahwarnaan kulit. Kaedah mikrodermabrasi pula menggunakan pendekatan yang lebih lembut dengan butir-butir kristal mikro untuk merangsang pengelupasan kulit, namun ia boleh menyebabkan kulit yang kemerahan dan agak perit seolah-olah terkena selaran matahari yang ringan. Walaupun kedua-dua rawatan ini lebih murah berbanding pembedahan, anda perlu menghadiri beberapa sesi untuk mencapai hasil yang diingini

PENGELUPASAN KIMIA

Pengelupasan kimia boleh dijalankan di klinik atau di rumah untuk menanggalkan sel-sel kulit mati di permukaan kulit. Kaedah ini lazimnya menggunakan beberapa jenis asid seperti asid laktik, asid glikolik atau asid salisilik. Pengelupasan kimia ini bertujuan untuk melicinkan permukaan kulit, membersihkan pori-pori yang tersumbat serta meningkatkan kadar penggantian dan tekstur sel kulit. Rawatan ini dijangka menyebabkan kulit menggelupas dan lepuh, manakala kulit kering pula mungkin menjadi lebih sensitif.

ISIAN DERMAL (DERMAL FILLER)

Isian berasaskan asid hialuronik sering digunakan sebagai kaedah yang pantas untuk meratakan lubang-lubang pada kulit. Namun begitu, kesannya hanyalah sementara, dan kawasan yang dirawat juga boleh menjadi bengkak, merah dan lebam sehingga satu minggu. Pesakit dinasihatkan supaya tidak bersenam, minum alkohol dan melakukan perawatan wajah dan spa buat sementara waktu.

PEMBEDAHAN KECIL

Prosedur seperti subsisi (subcision) dan eksisi lubang (punch excision) merupakan pilihan utama pakar kulit. Dalam prosedur ini, skalpel (sejenis pisau) atau jarum akan digunakan di lapisan bawah parut yang dalam untuk mencetuskan pendarahan, yang seterusnya akan merangsang sintesis kolagen dan menggalakkan penyembuhan kulit. Pembedahan kecil ini biasanya dilakukan bersama-sama isian dermal atau terapi laser dan menelan belanja yang besar. Selepas menjalani pembedahan, anda perlu menghindarkan kulit daripada terkena sinaran matahari untuk suatu tempoh yang agak lama, selain membuat prosedur susulan, contohnya dermabrasi, untuk meratakan kulit dengan lebih sempurna.

PRODUK KOSMESEUTIKAL TOPIKAL

Produk penjagaan kulit kosmeseutikal dirumus dengan pelbagai bahan aktif untuk mengawal keradangan, menghapuskan bakteria dan menyekat pengeluaran minyak berlebihan. Kebanyakan produk sebegini mengandungi asid, contohnya beta hydroxy acid atau lebih dikenali sebagai Asid Salisilik, yang bertindak lembut untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan membersihkan pori-pori yang tersumbat, serta Vitamin C untuk menjana kolagen. Bahan-bahan seperti Aloe Vera dan Ekstrak Oat juga berkesan untuk melegakan keradangan dan kerengsaan kulit, manakala Mukopolisakarida (MPS) pula berperanan untuk menghidratkan dan menganjalkan kulit. Sesetengah rawatan preskripsi mengandungi retinoid, namun ia berisiko lebih tinggi untuk menyebabkan kegatalan, pengelupasan dan kemerahan kulit, serta menjadikan kulit lebih sensitif terhadap sinaran matahari.

RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT HIRUSCAR ANTI-ACNE

Rangkaian Hiruscar Anti-Acne terdiri daripada produk-produk yang bertindak lembut, berkesan dan sesuai untuk kegunaan harian. Ia menyasarkan punca utama jerawat ringan hingga sederhana dengan gabungan Asid Salisilik, MPS dan Vitamin C untuk membersihkan pori-pori yang tersumbat, mengekalkan kelembapan kulit dan memudarkan tompok-tompok hitam.

Pore Purifying Cleanser membersih kulit secara mendalam untuk menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Pore Purifying Serum pula mengecilkan pori dan merangsang penyembuhan jerawat, manakala Spot Gel mencegah pembentukan tompok-tompok hitam pada kawasan sasaran, sekaligus memperbaiki penampilan kulit dalam masa 48 jam.

Untuk hasil yang diingini, gunakan kesemua produk dalam rangkaian Hiruscar Post Acne bersama-sama. Hiruscar Post Acne ialah formula antibakteria 3-dalam-1 yang berkesan untuk memperbaiki parut, memudarkan tompok-tompok hitam pada kulit dan mencegah pembentukan parut baharu.

PRODUK YANG DISYORKAN