RAWATAN PARUT

Parut Am

Parut yang besar dan membengkak seperti parut hipertropik dan keloid boleh dirawat melalui pelbagai cara, seperti suntikan pemecahan membran luka. Pembedahan plastik dan terapi laser juga boleh dijalankan terhadap parut yang besar untuk mengelakkannya daripada menebal semula. Selepas luka tertutup sepenuhnya, sapu produk rawatan parut atau letakkan lembaran silikon pada luka.

Untuk parut yang dalam, produk penjagaan parut lazimnya disyorkan untuk memadatkannya kembali kepada keadaan asal. Walau bagaimanapun, pembedahan laser dan teknik subsisi adalah disyorkan untuk parut yang sangat dalam bagi merangsang penghasilan kolagen baru di sekitar bahagian terbabit. Suntikan “filler” juga adalah satu lagi pilihan rawatan yang sangat berkesan.

Parut Jerawat

Produk penjagaan parut jerawat yang bersesuaian adalah penting bagi merawat parut di samping mencegah pembentukan jerawat baru, terutamanya pada kawasan sama di mana parut jerawat sedia ada sedang menjalani proses penyembuhan. Apabila parut jerawat sedia ada dapat dirawat sepenuhnya, kebarangkalian terjadinya parut yang lebih teruk akan dapat dihindari.

Bahan Aktif Utama

MPS (Mucopolysaccharide Polysulphate) terkenal sebagai ramuan paling penting dalam penjagaan parut. Ia membantu menghalus dan melicinkan semula kulit. MPS juga bertindak dengan merangsang penghasilan kolagen dan elastin gantian bagi meningkatkan kadar penahanan lembapan lapisan dalaman kulit dan melembutkan parut.

Allium Cepa bertindak dengan mengurangkan pengeluaran fibroblas, kolagen dan tisu berlebihan yang lazimnya menyumbang kepada pembentukan parut yang sangat tebal. Kedua-dua bahan ini, jika diolah tepat bersama campuran bahan penting yang lain, dapat melaraskan penyusunan sel-sel baru dengan sempurna dan menyembuhkan kulit yang bermasalah secara semula jadi.

*Hasilnya mungkin berbeza mengikut individu.