SOALAN DAN JAWAPAN MENGENAI HIRUSCAR

Apakah cara terbaik untuk merawat parut saya?

Pilihlah produk yang mengandungi bahan-bahan penting untuk rawatan parut yang sempurna, seperti MPS, yang bertindak dengan merangsang penghasilan kolagen dan elastin gantian untuk meningkatkan kadar penahanan lembapan lapisan dalaman kulit dan melembutkan parut.

Berapa lamakah saya perlu menggunakan Hiruscar?

  • 4-6 bulan* untuk parut lama yang tebal dan besar.
  • 4-8 minggu* untuk parut yang baru.
  • 6-8 minggu* untuk parut akibat pembedahan dan parut jerawat.
  • 8 minggu* untuk parut akibat luka melecur disebabkan api, paip ekzos atau air panas.

*Hasilnya mungkin berbeza mengikut individu.

Bagaimanakah saya boleh mencegah kesan hitam yang timbul selepas luka mulai sembuh?

Pengambilan Vitamin A dan E bersama produk rawatan parut dapat memulihkan semula kulit di samping merangsang proses penggantian sel untuk pemulihan parut yang lebih cepat.

Bagaimanakah saya boleh merawat parut hipertropik atau keloid?

Kaedah terbaik adalah dengan menyapu produk rawatan parut pada luka yang sedang sembuh. Jika anda pernah mengalami keloid atau parut hipertropik sebelum ini, maka besar kemungkinan tisu berlebihan akan terkumpul pada parut yang mungkin terjadi pada masa hadapan. Bagi memastikan parut sembuh dengan cepat dan berkesan, produk rawatan parut hendaklah digunakan sebaik sahaja luka mulai tertutup. Selain itu, kunjungilah pakar dermatologi supaya keadaan kulit anda dapat dipantau sempurna.

Kulit saya dipenuhi cela-cela hitam dan parut jerawat! Apakah yang harus saya lakukan?

Ambil Vitamin A & E bagi menyokong penyembuhan kulit serta merangsang penghasilan sel gantian untuk penyembuhan parut yang lebih cepat. Di samping itu, anda juga disarankan untuk menyapu Hiruscar Post Acne pada bahagian terbabit.

Hiruscar PostAcne mengandungi MPS (Mucopolysaccharide Polysulphate) yang berfungsi mengembalikan keanjalan kulit dan melembutkan parut dengan ciri penahanan lembapannya yang tinggi. Selain itu, Allium Cepa bertindak dengan mengurangkan pengeluaran fibroblas, kolagen dan tisu berlebihan yang lazimnya menyumbang kepada pembentukan parut yang sangat tebal. Dengan 100% ciri antibakteria, Pionin membantu mencegah kemunculan akne dan jerawat yang baru.

Ia juga mengurangkan risiko keradangan dan tompok-tompok merah. Gandingan ketiga-tiga elemen ini bersama bahan-bahan penting lain dalam nisbah yang tepat dapat membantu menyelaraskan penyusunan sel-sel baru dan memulihkan kulit bermasalah secara semula jadi.

Adakah Hiruscar mempunyai kesan sampingan jangka panjang?

Hiruscar telah menjalani pelbagai ujian yang ketat dan teliti. Kajian menunjukkan bahawa Hiruscar bersifat hipoalergenik dan tidak menyebabkan kerengsaan pada kulit.

Adakah terapi laser untuk menghapuskan jeragat atau jerawat akan meninggalkan parut pada kulit saya?

Secara amnya, terapi laser membunuh tisu-tisu lama dalam usaha menggalakkan penghasilan sel-sel ganti yang baharu. Ia lazimnya mengakibatkan kesan melecur dan keruping. Walau bagaimanapun, kebarangkalian berlakunya parut akan berkurangan apabila anda membiarkan keruping tersebut tertanggal dengan sendirinya. Sapu Hiruscar pada luka yang tertutup 2-3 kali* sehari selama lebih kurang sebulan atau sehingga keadaan kulit anda kembali normal.

*Hasilnya mungkin berbeza mengikut individu.

Bagaimana dengan parut lama saya? Bolehkah anda menyarankan cara untuk memudarkan parut-parut lama?

Jika rawatan serta-merta telah diberi dengan sempurna selepas luka tertutup sepenuhnya, maka kebarangkalian terjadinya parut adalah sangat tipis. Bagi parut yang berusia lebih dari 6 bulan, sila dapatkan nasihat pakar dermatologi anda untuk mengetahui kategori parut dan kaedah rawatan yang terbaik untuknya.

Kulit saya sangat sensitif. Bolehkah saya menggunakan Hiruscar?

Kajian telah membuktikan dengan jelas bahawa produk rawatan parut Hiruscar tidak merengsakan kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit. Malah, Hiruscar juga selamat digunakan pada kanak-kanak.

Mengapakah parut saya mengambil masa yang sangat lama untuk hilang berbanding rakan saya, sedangkan kedua-duanya berpunca daripada sebab yang sama?

Walaupun parut mungkin diakibatkan oleh sebab yang sama, tempoh yang diambil untuk parut menjadi pudar adalah bergantung kepada mekanisme tubuh seseorang individu. Luka pada sesetengah orang mungkin tidak akan meninggalkan kesan parut sama sekali, manakala sesetengah yang lainnya pula terpaksa menangani masalah parut yang besar ataupun tompok hitam pada kulit.

*Hasilnya mungkin berbeza mengikut individu.