#SayNo2Scars – Wanista

Jenama penjagaan parut Hiruscar Post Acne baru-baru ini memperkenalkan kempen #SayNo2Scar untuk meningkatkan kesedaran tentang cara terbaik untuk menjaga dan memulihkan parut jerawat bahkan memperkasa rakyat Malaysia untuk lebih peka akan keadaan dan kesihatan kulit mereka.

Kulit berjerawat adalah masalah lazim yang sering dihidap oleh rata-rata rakyat Malaysia tanpa mengira umur dan warna kulit. Namun ia bisa menjadi lebih parah apabila si mangsa langsung tidak mempedulikan masalah itu dan membiarkannya sehingga keadaan kulit menjadi lebih parah gara-gara radang yang berlaku.

Justeru, adalah amat penting untuk semua individu tahu mengenai cara-cara terbaik bagi mengawal serta penjaga kulit ynag berjerawat, bahkan dalam masa yang sama mengetahui inisiatif terbaik untuk memulih parut yang berpunca daripada jerawat itu tadi.

Jenis-Jenis Jerawat

Untuk pengetahuan umum, lebih 85% orang muda dan remaja berumur antara 12 hingga 25 tahun yang sering dihinggap dengan masalah kulit berjerawat dan berparut ini. Parut itu sendiri sebenarnya boleh membuatkan seseorang berasa tidak yakin seterusnya malu untuk berhadapan dengan orang ramai.

Diharap kempen #SayNo2Scar ini dapat mendidik rakyat Malaysia berkenaan penjagaan dan pemulihan jerawat termasuklah memberi pemahaman bagaimana jerawat tersebut boleh muncul. Apabila semua sudah mula memahami konsep penyakit ini, sudah tentu ramai yang akan lebih prihtain akan penjagaan kulit masing-masing agar bebas dari kuman serta faktor penyebab kemunculan jerawat.

Jenis-Jenis Parut Jerawat

Hiruscar Post Acne adalah medikasi untuk mengawal kemunculan jerawat serta memulih parut dengan formulasi 3 dalam 1 yang menjanjikan kesan paling efektif bagi mencerahkan parut, mengurangkan radang merah serta menjadikan wajah lebih bersih tanpa sebarang parut yang menjejaskan rupa paras.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen #SayNo2Scars, sila klik [www.hiruscar.com.my/my] atau lawat lamanFacebook Hiruscar Malaysia di [www.facebook.com/Hiruscar.Gel.Malaysia]

Read more: https://www.wanista.com/2017/128531/sayno2scars-galak-masyarakat-tahu-tentang-penjagaan-dan-pemulihan-parut-jerawat/