JENIS-JENIS PARUT

Parut Hipotropik
Parut hipotropik berpunca daripada kemerosotan yang teruk pada lapisan tisu dan juga apabila proses penggantian semula sel tidak berfungsi seperti biasa.

Parut Keloid
Parut keloid adalah parut umpama tumor yang sangat tebal dan berserat serta membesar melepasi sempadan luka asal. Keloid merupakan parut yang lebih serius kerana ia boleh terus mengembang tanpa had hingga membentuk ketumbuhan yang besar dan bersifat tumor.

Parut Hipertropik
Parut hipertropik merupakan pengumpulan tisu baru yang terbentuk secara berlebihan, namun ianya tidak tumbuh melepasi sempadan luka asal. Ia lazimnya tidak sebegitu gatal seperti parut keloid.

Parut Pembedahan
Parut Pembedahan agak sukar untuk dielakkan, namun ia boleh ditangani dengan mudah jika dirawat dengan segera selepas pembedahan.