Pasti ramai di kalangan anda yang pernah mengalami kecederaan sehingga meninggalkan parut luka yang teruk. Kadang kala parut tersebut terlalu ketara hingga memberikan kesan yang mendalam kepada diri, terutamanya parut luka di wajah dan kawasan yang terdedah seperti tangan dan kaki.  

Parut luka tersebut bukan sahaja boleh menjejaskan keyakinan diri, malah turut mengingatkan anda kepada episod hitam yang pernah dilalui, contohnya parut luka yang disebabkan kemalangan yang tidak diingini. 

Terdapat pelbagai produk di pasaran yang boleh membantu anda dalam merawat parut luka dengan berkesan, sebagai contoh Hiruscar Silicone Pro. Namun, sebelum anda mengenali produk ini dengan lebih mendalam, anda perlu mengetahui sedikit sebanyak tentang parut luka anda terlebih dahulu. 

Kebiasaanya terdapat beberapa jenis kecederaan kulit yang boleh menyebabkan parut luka yang ketara seperti parut pembedahan, parut akibat kulit melecur dan parut jerawat yang serius. 

Kebiasaannya, parut yang paling ketara adalah disebabkan luka pembedahan.Terdapat pelbagai cara untuk menyembuhkan luka dengan cepat, namun kebersihan adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan. Contohnya, selepas pembedahan atau rawatan, anda perlu sentiasa membersihkan kawasan sekeliling luka dengan kain lembut atau kain kasa (gauze pad).  

Apa yang perlu anda lakukan setelah luka di kulit sembuh? Pastinya penjagaan parut luka supaya tidak bertambah teruk sehingga semakin ketara dan menonjol. Anda boleh memilih untuk mengamalkan petua untuk hilangkan parut luka secara tradisional atau secara klinikal dengan produk tertentu seperti Hiruscar Silicone Pro . 

Secara saintifik atau klinikal pula, penggunaan gel silikon merupakan cara hilangkan parut luka yang sering disarankan oleh pengamal perubatan. Gel silikon mengandungi komponen yang tertentu seperti polysiloxanes dan silicone dioxide yang terbukti  berkesan dalam mengurangkan tekstur parut luka, mencerahkan tona warna parut serta kedalaman parut luka terutamanya parut seperti keloid yang senang membesar dan merebak. 

Antara produk yang mempunyai kandungan silikon gel adalah Hiruscar Silicone Pro. Bagi anda yang mempunyai parut luka yang teruk, khususnya parut keloid (tisu parut yang membesar secara berlebihan), Hiruscar Silicone Pro adalah jawapannya. 

Kandungan silikon gel di dalam Hiruscar Silicone Pro bertindak sebagai pendinding yang melindungi parut luka anda daripada penetrasi bakteria daripada luar yang boleh menyebabkan parut luka merebak. Bagi anda yang sedang dalam proses pemulihan pula, pastinya sering berasa rengsa dan gatal di kawasan parut luka tersebut. Jangan khuatir! Silikon gel yang terdapat dalam Hiruscar Silicone Pro berperanan untuk mengekalkan kelembapan kawasan keliling parut bagi mengurangkan kegatalan tersebut. 

Ramai yang tahu apa itu Vitamin C dan fungsinya kepada tubuh badan. Tetapi, kebaikan Vitamin C tidak terhenti di situ sahaja. Vitamin C juga adalah sumber antioksidan yang amat membantu memberi nutrien kepada kulit anda. Sebut tentang jerawat pula, Vitamin C bertindak sebagai bahan anti kerangan, sekaligus mengurankan kesan bengkak akibat pertumbuhan jerawat dan mencerahkan parut.  

Tahukah anda bahawa Hiruscar Silicone Pro juga mempunyai kandungan Vitamin C? Vitamin C adalah penting dalam perjalanan anda untuk mendapat kulit wajah bebas parut kerana ia membantu dalam meminimumkan hiperpigmentasi kulit dan memudarkan kesan parut serta mengurangkan kemerahan kulit. 

Tahukah anda terdapat kajian ke atas kanak-kanak yang mengalami parut pembedahan dan menggunakan vitamin E tiga kali sehari tidak mengalami parut luka yang teruk seperti keloid atau tisu parut tambahan. Ajaibnya, Hiruscar Silicone Pro juga mempunyai kandungan Vitamin E tersebut. Mudah bukan? Satu produk dengan pelbagai kandungan bermanfaat. 

Kebaikan Hiruscar Silicone Pro juga dapat dilihat melalui hasil kajian dalam kalangan 52 orang pengguna wanita yang dijalankan pada tahun 2016 di mana 96% peratus daripada mereka dapat melihat kesan pengurangan parut luka dalam masa empat bulan sahaja. Selain itu, kesemua peserta kajian tersebut bersetuju bahawa mereka berpuas hati dengan kesan penggunaan produk Hiruscar Silicone Pro berterusan dalam 12 minggu. 

         Kesimpulannya, sekiranya ada sedang mencari cara untuk hilangkan parut luka dengan cepat, Hiruscar Silicone Pro boleh menjadi rakan karib anda! Sapukan sedikit gel Hiruscar Silicone Pro pada parut luka anda secara konsisten selama 4 hingga 8 minggu untuk parut baharu dan 4 hingga 6 bulan untuk parut lama, anda pasti akan melihat kesannya. Selamat mencuba! 

Rujukan: 
https://www.mstar.com.my/xpose/mode/2021/02/17/tak-perlu-keluarkan-banyak-duit-ubi-kentang-antara-5-bahan-dapat-hilangkan-parut
https://www.medicalnewstoday.com/articles/318662#nutrition
https://www.vogue.in/beauty/content/5-ways-to-use-potato-juice-malaika-aroras-go-to-skincare-ingredient-in-your-diy-beauty-recipes
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2918339/ Efficiency of silicone gel 
https://www.healthline.com/health/vitamin-e-oil-scars#research – Research on Vitamin E 
https://hiruscar.com.my/hiruscar-silicone-pro-efficacy-user-satisfaction-clinical-study/ – Kajian produk