Rutin Penjagaan Kulit yang Mudah dan Cepat untuk Masalah Kulit Berjerawat

Bagi kebanyakan orang yang mengalami masalah kulit berjerawat, penjagaan kulit yang baik sangat penting untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya masalah tersebut. Rutin yang berterusan akan membantu membuang minyak berlebihan, memastikan pori sentiasa bersih, dan membantu mempercepatkan proses penyembuhan cela sedia ada, termasuk kesan jerawat.

Terdapat banyak produk rawatan masalah jerawat yang boleh didapati diluar, yang turut mengelirukan kerana maklumat yang berbeza. Ini kerana semua produk dan maklumat yang didapati, membuatkan  penjagaan kulit bagi menangani masalah jerawat kelihatan agak rumit untuk dilaksanakan. Anda tidak semestinya perlu rutin harian yang bergitu rumit untuk mendapatkan hasil yang diingini.

Anda boleh mengawal pertumbuhan jerawat dan hilangkan kesan jerawat dengan cara, maklumat dan panduan yang betul, seperti yang kami kongsikan di bawah.

1. Gunakan pembersih muka yang sesuai pada waktu pagi dan Malam

Apa jua jenis kulit anda, langkah pertama pada setiap rutin penjagaan kulit ialah melakukan cucian. Mencuci kulit anda dengan betul dua kali sehari adalah penting, terutama apabila mempunyai masalah kulit berjerawat. Ia membantu membuang semua kotoran, minyak, dan debu yang boleh menyumbat pori yang seterusnya boleh memyebabkan noda, bintik hitam, ataupun bintik putih.

Untuk membersihkan wajah anda, anda tidak perlu menggunakan ubat pencuci muka melawan jerawat. Pembersih jerawat yang biasanya bersifat kering dan kasar, boleh menggalakkan lagi penghasilan jerawat berbanding menyembuhkan wajah anda.

Dengan adanya pembersih ringan dan bebas sulfat yang berfungsi melarutkan bakteria, habuk dan minyak tanpa menanggalkan kulit anda atau menyebabkan iritasi, anda boleh membersihkan wajah anda untuk melindunginya daripada jerawat.

2. Gunakan Toner Muka Setiap Pagi Dan Malam

Selepas mencuci, langkah seterusnya ialah menambahkan toner untuk melonggarkan liang pori anda. Toner membantu menyiapkan kulit untuk langkah seterusnya supaya bahan dapat diserap dengan sempurna.

Toner turut membantu menyingkirkan minyak berlebihan, memerangi cela, bintik hitam dan melembabkan kulit anda. Ambil sedikit kapas dan letakkan beberapa titis. Sapukan dengan lembut di leher dan dahi anda.

Astringen digunakan untuk menghilangkan lebihan minyak, ia sangat sesuai untuk rutin penjagaan kulit berminyak yang mengalami masalah jerawat. Manakala untuk kulit kering yang mempunyai masalah jerawat, rutin penjagaan kulit yang paling selamat adalah dengan toner penghidratan.

Tanpa mengira jenis kulit anda, sekiranya toner atau astringen merengsa atau menyebabkan kekeringan melampau pada kulit anda, elakkan.

3. Gunakan Pelembap Setiap Pagi dan Malam

Menggunakan pelembap membantu memulihkan kulit, menghidrat, dan melindunginya. Melembapkan kulit yang sudah berminyak kedengaran agak tidak munasabah. Sebaliknya, semua jenis kulit memerlukan penghidratan biasa, termasuk rutin penjagaan kulit untuk masalah jerawat.

Tanpa pelembap, kelenjar akan merembeskan secara berlebihan untuk mengimbangi kulit dan akhirnya menghasilkan minyak berlebihan, yang mengakibatkan pori-pori tersumbat dan kulit berkilat. Kulit anda sangat memerlukan kelembapan setelah rawatan jerawat.

Oleh itu, menggunakan pelembap ringan akan mengelakkan kulit menjadi kering dan mengelupas, iaitu sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam.

4. Lindungi Kulit Anda Dengan SPF Setiap Pagi dan Petang

Apa sekalipun jenis kulit anda, menggunakan SPF setiap hari sangat penting untuk mengelakkan jerawat. Walaupun langkah ini tidak perlu dilakukan pada waktu malam, ia harus dilakukan pada waktu siang.

Ramai orang tidak menggunakan pelindung matahari kerana SPF yang padat dianggap menyekat liang dan menyebabkan lebih banyak jerawat.

Pelindung matahari tidak lagi berminyak dan padat seperti yang biasa anda ketahui. Terdapat banyak alternatif ringan yang terdapat di kedai dan dalam talian. Pelindung matahari penting di dalam rutin penjagaan kulit kerana produk merawat jerawat boleh menyebabkan kulit rosak disebabkan cahaya matahari.

5. Gunakan Hiruscar Gel Anti Jerawat Pada Waktu Malam

Tunjang kekuatan utama di dalam set penjagaan kulit adalah produk rawatan yang dibuat dengan bahan aktif, dan ini adalah tahap di mana keajaiban berlaku.

Untuk merawat dan mengelakkan jerawat, gabungkan rutin penjagaan kulit waktu malam anda dengan Hiruscar Anti-Acne Spot Gel. Ia membantu mengawal rembesan sebum, mengurangkan bakteria, membuang sel-sel kulit mati, mengimbangi tahap kelembapan kulit dan mengurangkan jerawat berulang.

Sapukan sekurang-kurangnya enam minggu dan dua kali sehari untuk melihat hasilnya.

Kesimpulannya

Apabila bercakap tentang cara hilangkan parut jerawat atau kesan jerawat, biasanya tiada jalan penyelesaian yang segera. Sebelum anda melihat hasilnya, berikan masa secukupnya supaya kulit anda sesuai dan terbiasa dengan rutin penjagaan kulit.

Apabila jerawat kelihatan, ia boleh menyebabkan kebimbangan kepada anda dan paling teruk, meninggalkan parut jerawat. Kini ada krim penghilang parut jerawat seperti Hiruscar Post-Acne Gel yang dibuat khas untuk merawat jeragat.

Dengan produk ini, kini semua orang dapat hilangkan kesan jerawat. Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi kami.

add to cart icon