Tentang Kami

Visi

Ditubuhkan di Zurich, Switzerland semenjak tahun 1945, Medinova adalah ahli kumpulan DKSH. Sebagai peneraju dalam industri farmaseutikal, Medinova komited untuk menyediakan penyelesaian penjagaan kesihatan yang inovatif bagi meningkatkan kualiti hidup penggunanya.

Medinova ingin mewujudkan hubungan yang berkekalan dengan pesakit dan pelanggannya sebagai pembekal jenama farmaseutikal yang diiktiraf dan boleh dipercayai untuk meningkatkan kualiti hidup.

Tiada Visi Tanpa Misi

Syarikat kami adalah pembekal khusus dalam bidang ginekologi, dermatologi dan bidang terapeutik terpilih yang lain. Berdasarkan kecekapan kami dalam bidang ubat preskripsi (RX) serta produk penjagaan kesihatan pengguna (OTC), Medinova mempunyai asas yang kukuh dalam pasaran domestik Switzerland. Kedudukan kami di peringkat antarabangsa yang telah lama berjaya dan akan diperbesar melalui penembusan pasaran baharu seterusnya. Motivasi kami datang daripada pelanggan kami yang menuntut produk berkualiti tinggi pada harga yang kompetitif. Pembangunan produk kami yang aktif adalah sebahagian daripada identiti korporat kami.

Kami mentakrifkan saiz bukan melalui penunjuk utama tetapi melalui hubungan peribadi kami dengan semua rakan kongsi kami, kini dan juga pada masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.medinova.ch

Tentang Hiruscar

Hiruscar adalah rawatan gel revolusioner yang terbukti secara klinikal untuk parut. Diformulasikan oleh sepasukan Pakar Dermatologi dari Medinova Switzerland, Hiruscar ialah gel tidak berminyak hypoallergenic yang memudarkan, melicinkan dan melembutkan parut di muka dan badan. Dengan kadar penyerapannya yang cepat, sapuan adalah pantas, tanpa kerumitan, dan sesuai untuk semua jenis kulit. Hiruscar mempunyai visi untuk menjadi pakar penjagaan kulit terapeutik terkemuka dalam kategori penjagaan parut.

Hiruscar Post Acne telah dilancarkan sebagai sambungan produk Hiruscar. Ia adalah rawatan parut jerawat pertama yang diperkenalkan di Malaysia. Hiruscar Post Acne telah diuji secara klinikal untuk memperbaiki penampilan parut jerawat sedia ada, kesan gelap dan mencegah pembentukan parut jerawat kekal yang baharu. Gel jernih ini juga mencegah perulangan jerawat dan menggalakkan proses penyembuhan luka semulajadi.

Pada tahun 2017, rangkaian Hiruscar Anti-Acne telah dilancarkan sebagai rangkaian penjagaan kulit pertama untuk Hiruscar. Ia telah dibukti berkesan untuk menangani pelbagai masalah jewarat ringan hingga sederhana, seperti Jerawat Hitam/ Jerawat Putih, Papul dan Pustul. Ia membantu mengawal rembesan sebum, menyingkirkan sel kulit mati, menyeimbangkan tahap kelembapan kulit dan mengurangkan episod jerawat daripada berulang. Hiruscar Anti-Acne dirumus khas dengan bahan-bahan yang tidak merengsakan kulit, malah ia sesuai untuk digunakan pada muka dan kulit yang mudah berjerawat.

Hiruscar berbangga untuk memenangi anugerah berikut: