Pertumbuhan jerawat adalah perkara normal sepanjang proses manusia membesar. Tambahan pula apabila anda mula masuk ke alam remaja. Remaja dan jerawat memang tidak boleh dipisahkan. Kajian mendapati jerawat biasanya tumbuh semasa waktu usia matang antara umur 10 hingga ke 13 tahun dan jerawat yang tumbuh akan lebih teruk bagi yang mempunyai kulit berminyak. Jerawat remaja biasanya bertahan selama 5 hingga 10 tahun, dan kebiasaannya akan hilang pada awal 20-an. Tetapi, tahukah anda bahawa jerawat masih boleh tumbuh menjadi musuh kita walaupun sudah dewasa? Namun, anda tak perlu risau kerana Hiruscar Anti-Acne ada untuk menyelamatkan hari anda!
Apa punca jerawat masih tumbuh walaupun anda sudah dewasa?
Antara punca jerawat masih lagi tumbuh walaupun anda sudah berusia adalah hormon yang tidak seimbang di dalam badan. Kajian mendapati kebanyakan punca jerawat di dagu adalah disebabkan perubahan hormon seperti kitaran haid dan menopause. Selain itu, pilihan makanan juga menyumbang kepada tumbuhnya jerawat. Pengambilan susu lembu yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kulit berjerawat. Jaga-jaga, coklat juga adalah punca jerawat tumbuh di wajah anda.
Pembiakan bakteria juga merupakan salah satu punca jerawat di usia dewasa. Kadang kala, disebabkan kesuntukan masa dan beban kerja yang banyak, kita tak sempat untuk membersihkan wajah dengan sempurna apabila pulang dari pejabat. Liang pori di wajah yang tersumbat ini menyumbang kepada pembiakan bakteria di wajah. Namun, anda tidak perlu risau kerana rangakaian produk Hiruscar Anti-Acne terbukti membantu mengurangkan masalah jerawat anda.
Selepas seharian bekerja, anda boleh membersihkan kesan kotoran dan minyak di wajah dengan menggunakan Hiruscar Anti Acne Pore Purifying Cleanser yang bertindak untuk membasmi kulit mati dan membersihkan liang pori di wajah. Kandungan moringa seed extract di dalam pembersih muka ini membantu membersihkan wajah daripada kotoran yang datang daripada pencemaran persekitaran anda. Selain itu, aloe vera yang terdapat dalam Hiruscar Anti Acne Pore Purifying Cleanser berfungsi melembutkan kulit serta mengelakkan keradangan. Cara pengunaannya juga mudah. Urut secara perlahan dan besihkan kulit wajah anda dengan Hiruscar Anti Acne Pore Purifying Cleanser. Setelah selesai, bilas dengan air bersih dan pastikan tiada kotoran tertinggal bagi mengelakkan pembiakan bakteria.
Selepas mencuci muka, pastikan anda menggunakan pelembap muka Hiruscar Anti Acne Pore Purifying Serum di seluruh wajah anda termasuk leher sebanyak dua kali sehari iaitu pagi dan malam sebelum tidur. Serum pelembap ini mempunyai ekstrak tumbuhan artichoke. Kandungan istimewa ini mampu menutup pori yang terbuka dan mempunyai kelebihan untuk membina kolagen di muka. Ia juga bertindak untuk mengawal penghasilan sebum di wajah yang menyebabkan jeragat. Gunakan setiap hari, anda pasti akan nampak dan rasai perbezaannya.
Kemudian, anda disarankan untuk menggunakan Hiruscar Anti Acne Spot Gel dengan formulasi yang disahkan oleh pakar dermatologi menggunakan pelbagai kandungan bermanfaat seperti Allium Cepa ataupun ekstrak bawang bagi mengurangkan pertumbuhan jerawat. Anda boleh menyapu gel ini di kawasan yang berjerawat sebanyak dua hingga tiga kali sehari bagi kesan yang maksima.
Mudah bukan? Membersih, melembap dan merawat dengan Hiruscar Anti-Acne Series.
Anda perlu tahu bahawa jerawat yang tumbuh di usia dewasa adalah perkara yang normal. Stres dan tekanan merupakan salah satu punca jerawat tumbuh. Uniknya, produk ini direka dengan berus khas di depan bagi memudahkan anda untuk mengaplikasikannya terutama semasa di tempat kerja. Dengan kandungan salicylic acid, Niacinamide dan Vitamin E ia sangat berkesan dalam menyembunyikan jerawat dan kesan cela di samping bertindak sebagai antioksidan. Hiruscar Anti Acne Spot Cover Fluid juga mempunyai kandungan Alpha Arbutin yang mengurangkan penghasilan melanin di kulit wajah anda.
Jerawat tidak mengenal usia, apa yang penting adalah cara anda menjaga muka yang berjerawat dan sentiasa kekal positif. Pemilihan produk memainkan peranan yang penting dalam merawat jerawat di kulit wajah anda. Dengan Hiruscar Anti-Acne Series, keyakinan anda akan kembali pulih dan anda tidak perlu risau lagi dengan kulit berjerawat di usia dewasa. Untuk ketahui lebih lanjut tentang Hiruscar Anti-Acne Series, sila baca di sini.