Hiruscar Post Acne Back Spray
Hiruscar Post Acne Back Spray dirumus khas untuk mencerahkan kesan jerawat, memperbaiki penampilan parut jerawat belakang badan dan mencegah jerawat belakang badan berulang. Ia mudah digunakan dengan memberi kesan penyejukan untuk menenangkan ketidakselesaan akibat jerawat badan. Hiruscar Post Acne Back Spray juga cepat meresap dan tidak melekit. Ia diuji bukan komedogenik dan tidak merengsa.
Atasi Parut Jerawat Badan Dengan Hiruscar Post Acne Back Spray
Gunakan Hiruscar Post Acne Back Spray untuk memudarkan kesan jerawat, memperbaiki penampilan parut jerawat dan mencegah jerawat belakang badan muncul kembali.
Vitamin B3 (Niacinamide)
Memudarkan kesan jerawat belakang badan
Ekstrak Siput
Membantu menjana semula sel baharu untuk kulit kelihatan lebih muda
Pionin
Agen antibakteria untuk mengawal pertumbuhan bakteria yang mengakibatkan jerawat muncul kembali pada belakang badan
Bahan Utama: Vitamin B3 (Niacinamide), Ekstrak Siput, Allantoin, Allium Cepa (Ekstrak bawang), Pionin and Mucopolysaccharide Polysulphate (MPS)
Penggunaan Hiruscar Post Acne Back Spray
Hiruscar Post Acne Back Spray dirumus khas untuk penggunaan harian dan disyorkan untuk mengaplikasinya hanya selepas jerawat pulih. Dilarang menyembur produk pada sebarang luka terbuka.
Dengan penggunaan yang berterusan sebagaimana yang disyorkan, parut jerawat belakang badan lazimnya akan mulai pudar:
Sembur pada bahagian parut 2-3 kali sehari, pagi dan malam selepas mandi.
Penggunaan konsisten selama 3-4 minggu disyorkan untuk mencerahkan/mengurangkan kesan parut.
Penggunaan berterusan selama 8 minggu atau lebih adalah digalakkan untuk mengurangkan parut dalam.
Penggunaan yang berterusan juga boleh mengelakkan pertumbuhan jerawat berulang.
Soalan Lazim
Mengapakah anda patut memilih Hiruscar Post Acne Back Spray?
Ia dirumus khas untuk mencerahkan kesan jerawat, memperbaiki parut jerawat, dan mencegah jerawat berulang kembali pada belakang badan. Ia diuji secara dermatologi sebagai tidak komedogenik dan tidak merengsa.
Berapakah kekerapan penyemburan yang disyorkan?
Sembur Hiruscar Post Acne Back Spray pada bahagian terbabit 2 hingga 3 kali sehari, pagi dan malam selepas mandi.