Jerawat, khususnya jerawat di wajah merupakan mimpi ngeri buat anda di luar sana. Apatah lagi jika jerawat muncul pada hari-hari yang penting seperti hari temuduga kerja dan majlis pernikahan anda! Namun, jerawat sebenarnya merupakan perkara yang normal, dan kini terdapat pelbagai produk di pasaran yang boleh membantu anda seperti Hiruscar Anti-Acne.
Tahukah anda, bahawa pemilihan ubat jerawat yang sesuai dengan jenis jerawat adalah amat penting. Ini kerana, bukan semua gel jerawat sesuai untuk digunakan bagi jenis-jenis jerawat tertentu. Mari kita kenali jenis-jenis jerawat yang biasa dihadapi dan cara mengatasinya dengan Hiruscar Anti-Acne.
1. Blackheads atau Bintik Hitam
Blackheads atau lebih dikenali sebagai bintik hitam merupakan masalah jerawat yang paling biasa dialami orang semua orang. Ia adalah jenis jerawat yang biasanya muncul di kawasan hidung dan dahi. Ia terdiri daripada folikel liang roma yang gelap disebabkan pengoksidaan.
Antara punca tumbuhnya bintik hitam di wajah adalah disebabkan penggunaan produk kosmetik yang menutup liang-liang roma di wajah, peluh yang berlebihan dan rutin penjagaan wajah yang tidak tepat.
Kebiasaannya, anda akan menggunakan jari untuk menyingkirkan bintik hitam dari wajah anda bukan? Tahukah anda bahawa teknik membuang bintik hitam menggunakan jari dan kuku adalah tidak digalakkan kerana berpotensi untuk membiakkan lebih banyak bakteria.
Sebaiknya, sekiranya anda ingin membersihkan bintik hitam di wajah, anda perlu membersihkan muka terlebih dahulu dengan produk seperti Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser mempunyai kandungan Salicylic Acid, Citric Acid dan MPS (Mucopolysaccharide polysulphate) yang berkesan menyingkirkan kotoran dan minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit wajah.
2. Papules atau Papula
Jenis jerawat papula merupakan jerawat mempunyai kandungan nanah dan timbul di muka kulit wajah anda. Kadang-kadang, jerawat papula ini boleh dikelirukan dengan bekas gigitan nyamuk kerana ia bewarna merah dan kecil.
Kebiasannya jenis jerawat papula ini adalah disebabkan pengumpulan minyak yang ketara sehingga menyebabkan liang pori tersumbat. Untuk merawat jenis jerawat ini, anda boleh menggunakan Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum. Selepas menggunakan Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser untuk membersihkan kulit wajah anda, anda sangat digalakkan untuk menyapu Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum di keseluruhan kulit wajah anda setiap hari di waktu pagi dan malam sebelum tidur.
Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum mempunyai ekstrak Allium Cepa iaitu ekstrak bawang yang tinggi kandungan antioksidan untuk mengurangkan jerawat. Tahukah anda pada tahun 2014, satu kajian telah dilakukan ke atas 55 orang pengguna wanita dan hasil kajian mendapati sebanyak 93% daripada mereka melihat perubahan yang ketara ke atas jerawat mereka dalam masa 1 minggu sahaja selepas menggunakan Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum. Menurut testimoni juga, 98% pengguna berpuas hati dengan keberkesanan rangkaian Hiruscar Anti-Acne dan ianya terbukti bekesan.
3. Pustules atau Pustula
Jenis jerawat Pustula kadang kala sukar dibezakan dengan Papula disebabkan ciri jerawat yang kemerahan. Namun, perbezaan utama jenis jerawat Pustula dan Papula adalah folikel rambut yang terdapat di jerawat Pustula.
Folikel rambut ini tumbuh akibat liang pori-pori yang tersumbat disebabkan jangkitan bakteria. Jerawat jenis pustula kadang kala boleh menimbulkan rasa sakit disebabkan nanah yang terdapat di dalamnya. Pada anda yang menghadapi masalah jerawat jenis pustula, jangan picit jerawat tersebut kerana ia akan menganggu proses pemulihan kulit anda.
Bagi anda yang tertanya-tanya tentang ubat jerawat yang sesuai untuk merawat jenis pustula ini, anda boleh menggunakan produk Hiruscar Anti-Acne Spot Gel yang sememangnya dirumus khas untuk jenis jerawat pustula. Dalam kajian yang sama pada tahun 2014, sebanyak 98% daripada pengguna wanita yang terelibat melihat perubahan ke atas jerawat pustula yang dialami mereka dalam masa seminggu sahaja. Ini kerana Hiruscar Anti-Acne Spot Gel mempunyai kandungan Bisabolol dan ekstrak daun Aloe Vera yang membantu melegakan kulit yang rengsa dan gatal disebabkan jerawat jenis pustula. Hiruscar Anti-Acne Spot Gel mempunyai tekstur yang ringan, lutsinar dan tidak berminyak dan digalakkan untuk disapu di jerawat jenis pustula anda sebanyak 2-3 kali sehari.
Mudah bukan? Dengan menggunakan rangkaian produk Hiruscar Anti-Acne yang terdiri daripada Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser, Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum dan Hiruscar Anti-Acne Spot Gel, anda boleh merawat ketiga-tiga jenis jerawat bintik hitam, papula dan pustula.
4. Jerawat Kistik atau Jerawat Batu
Namun, anda harus berjaga-jaga dengan jenis jerawat yang lebih serius iaitu jerawat kistik atau jerawat batu yang kebiasannya berbenjol merah, besar dan sakit. Jerawat ini sebenarnya muncul disebabkan pelbagai faktor, antaranya perubahan hormon dan pengumpulan minyak serta kulit mati. Jerawat batu ini boleh dianggap sebagai jerawat yang serius dan boleh meninggalkan parut yang ketara jika tidak dirawat.
Untuk mengatasi jenis jerawat seperti ini, anda boleh menggunakan produk Hiruscar Anti-Acne Advance Spot Gel yang merupakan produk baharu di dalam rangkaian Hiruscar Anti-Acne. Produk Hiruscar Anti-Acne Advance Spot Gel ini adalah berbeza dengan Hiruscar Anti-Acne Spot Gel kerana ia telah diformulasi khas untuk merawat jenis jerawat yang lebih serius dengan kesan yang lebih pantas disebabkan formulasi bahan di dalamnya yang lebih kuat.
Menariknya, Hiruscar Anti-Acne Advance Spot Gel mengandungi ekstrak bunga kaktus yang mempunyai ciri antioxidant yang istimewa untuk mengurangkan rasa rengsa yang sering dihadapi oleh anda yang mempunyai jerawat serius dalam masa 24 jam sahaja!
Menarik bukan? Tunggu apa lagi, ayuh dapatkan rangkaian produk Hiruscar Anti-Acne di farmasi yang berhampiran!
Rujukan:
https://hellodoktor.com/sihat-bergaya/jerawat/tip-menyingkirkan-bintik-hitam-blackhead/
https://www.doctoroncall.com.my/soalan/jenis-jerawat-umum
https://hiruscar.com.my/hiruscar-anti-acne-efficacy/
https://hiruscar.com.my/hiruscar-anti-acne-formulation-and-benefits/
https://hiruscar.com.my/what-is-hiruscar-anti-acne/
https://www.hometesterclub.com/my/en/reviews/hiruscar-anti-acne-advance-spot-gel
https://hellodoktor.com/sihat-bergaya/penjagaan-rambut/jerawat-di-kepala/