Juadah Hari Raya penyebab jerawat? Biar betul?! 

Produk: Hiruscar Anti-Acne 

Standfirst: 

Hari Raya sememangnya signifikan dengan makanan yang enak-enak. Namun, di sebalik keenakan juadah-juadah seperti ketupat, lemang, rendang dan biskut raya ini, tahukah anda kandungan-kandungan yang terdapat di dalam makanan seumpama ini ada yang boleh mengakibatkan pertumbuhan jerawat, blackhead dan menjadikan kulit anda berminyak? Tapi, jangan risau! Sekiranya kulit anda jenis yang mudah berjerawat akibat makanan-makanan seumpuma ini, rangkaian Hiruscar Anti-Acne ada jawapannya! 

Blackhead, whitehead, Papules dan Pustules adalah tetamu yang mungkin bertandang ke wajah anda sekiranya anda tidak mengendahkan setiap pengambilan juadah pada Hari Raya ini. Namun, dengan adanya rangkaian produk Hiruscar Anti-Acne, ia mampu membantu mengawal penghasilan sebum, membersihkan bakteria, membuang sel kulit mati, mengimbangkan tahap kelembapan kulit dan yang paling penting, mengurangkan kemungkinan jerawat untuk tumbuh semula.  

Baiklah, anda telah tahu kemampuan Hiruscar Anti-Acne, jom ketahui pula makanan yang menyebabkan jerawat. 

Gula 

Hampir 99% juadah Hari Raya mengandungi gula. Biskut raya, rendang, kuih raya, sebutlah apa sahaja. Gula mengandungi tahap glycemic yang tinggi walaupun dalam seketul biskut raya yang nampak tidak berbahaya. Gula juga adalah penyebab kadar insulin dalam badan meningkat dan kemudiannya menghasilkan minyak pada permukaan dermis. Jadi, sebelum anda menghabiskan sebalang biskut raya, fikir-fikirkanlah. 

 Minyak 

Hari Raya tanpa rendang, mee kari, serunding adalah tidak lengkap. Anda juga patut tahu yang hidangan-hidangan seumpama ini mengandungi minyak, dan pengambilan makanan minyak berlebihan juga antara penyebab pori tersumbat. Sekiranya anda jenis yang tidak mengambil berat tentang cara membersihkan pori dengan betul, ini pasti akan membuatkan wajah anda mudah untuk didatangi jerawat. 

Produk Tenusu 

Daripada lauk pauk sampailah ke biskut raya, pasti ada produk tenusu. Jangan salah sangka, maksud produk tenusu ini bukan sahaja susu lembu, ia juga termasuk susu sejat, susu krimer hinggalah keju. Malah penurut para pengkaji, hormon yang terdapat dalam produk tenusu mungkin sekali penyebab hormon dalam badan menusia menjadi kucar-kacir dan mencetuskan pertumbuhan jerawat. 

Nota: Tahukah anda, aiskrim, yogurt, roti dan daging juga mengandungi elemen tenusu? 

Jika tiga makanan di atas adalah penyebab jerawat, ada juga jenis makanan untuk elak jerawat. 

Buah Avokado 

Kaya dengan vitamin E dan C, buah avokado mampu untuk membantu kulit melawan keradangan dan juga mengurangkan kemerahan jerawat sedia ada secara terus. Selain itu, kandungan yang terdapat dalam avokado juga boleh melembapkan kulit secara semulajadi. Jadi, apa kata masukan buah avokado dalam menu diet jerawat anda. 

Anggur 

Buah anggur terutamanya yang berwarna hitam atau merah diklasifikasikan sebagai makanan sihat untuk kulit berjerawat. Selain itu, anggur juga mampu mengurangkan reaksi alahan pada kulit. Bahan kimia semula jadi dan elemen antioksidan yang terdapat di dalam buah ini juga telah dibuktikan mampu merawat beberapa kondisi kulit seperti ekzema dan juga psoriasis.  

Tahukah anda bagaimana rangkaian produk Hiruscar Anti-Acne membantu menenangkan kulit berjerawat jerawat dengan 3 langkah mudah? Pertama sekali, Hiruscar Anti-Acne membantu mengurangkan bakteria tersembunyi yang menyebabkan jerawat. Kedua, ia mempunyai kebolehan yang membuang sel kulit mati dan mengawal penghasilan sebum. Yang ketiga pula, Hiruscar Anti-Acne mampu mengimbangkan kelembapan kulit dan kadar pertumbuhan semula jerawat. 

Terdapat 3 produk dalam rangkaian Hiruscar Anti-Acne iaitu Pore Purifying Cleanser, Pore Purifying Serum dan Spot Gel. Jom kami kongsikan cara menggunakan rangkaian produk Hiruscar Anti-Acne. 

Langkah 1: Bersihkan wajah 

Bersihkan wajah dengan air yang bersih, sapukan gel Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser pada tangan dan urut secara perlahan pada kulit wajah dan bilas. 

Langkah 2: Toner & Pelembap 

Selepas cuci wajah, sapukan Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum pada seluruh wajah. Lakukan rejim ini setiap hari pada waktu pagi dan sebelum tidur malam. 

Langkah 3: Rawat 

Jangan lupa gunakan Hiruscar Anti-Acne Spot Gel. Sapu pada kawasan yang berjerawat sebanyak 2 hingga 3 kali sehari 

Langkah 4: Hiruscar Anti-Acne Spot Cover Fluid (BONUS) 

Antara produk dalam rangkaian Hiruscar Anti-Acne yang berfungsi sebagai 2 dalam 1 yang menutup dan merawat jerawat anda secara plus. Produk ini juga mempunyai formula yang melindungi kulit daripada sinaran matahari. Ia mudah diguna dengan bahagian hujung seperti berus, tidak mengandungi sebarang paraban, bebas petroleum dan pewangi.  

Nota: 92% pengguna Hiruscar Anti-Acne Spot Cover Fluid mengatakan kesan pengurangan jerawat dapat dilihat dalam seawal 7 hari pertama, hebat bukan? 

Jom kekalkan kesegaran wajah dan kecantikan kulit anda daripada jerawat dengan Hiruscar Anti-Acne hari ini. Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh baca di sini untuk cara menggunakan rangkaian produk Hiruscar Anti-Acne dan juga maklumat mengenai keberkesanannya.