Ketahui rutin penjagaan kulit untuk wajah yang berseri di Hari Raya 

Standfirst:  

“Alamak, ada jerawat lah, minggu depan dah nak Raya!” 

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya. Selain daripada persiapan untuk menyediakan juadah raya dan baju raya, penjagaan kulit juga penting supaya muka anda cantik berseri pada Hari Raya nanti.  

Jom ketahui beberapa tips dan cara untuk muka kelihatan cantik berseri di Aidilfitri! 

Membersihkan muka dengan menggunakan make-up remover 

Kebiasaannya, anda akan memakai make-up yang ekstra pada Hari Raya dan pada hari inilah kita akan memakai make-up dalam tempoh yang sangat lama. Dari rumah maklong sehingga lah paksu kita masih memakai make-up yang sama. 

Tahukah anda sekiranya sisa make-up tidak dibersihkan dengan betul, ia akan menyebabkan pori pada wajah anda tersumbat? Pori yang tersumbat akan menyebabkan skin breakout maka muncul lah jerawat raya. Antara tips penjagaan muka berjerawat yang perlu anda tahu adalah sentiasa menggunakan makeup remover bagi membersihkan pori dan ruang tersembunyi supaya muka anda bersih dari sebarang sisa makeup yang dipakai. 

Cuci muka dengan betul 

Rahsia wajah berseri adalah dengan mencuci muka. Apabila anda pulang beraya di kampung, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, hal ini pasti memberi kesan kepada permukaan kulit anda.  

Anda digalakkan untuk mencuci muka dengan air suam terlebih dahulu, kemudian barulah diikuti dengan air sejuk. Tujuannya adalah untuk membuka liang pori anda dengan haba air suam tadi dan pori dapat dibersihkan dengan lebih mendalam. Manakala, air sejuk pula bertujuan untuk menutup semula pori yang terbuka agar kulit lebih tegang. Percaya atau tidak artis Korea terkenal seperti Son Ye Ji mencuci mukanya dengan air yang mengandungi ketulan ais bagi kesan detox. 

Jaga pemakanan anda 

Jaga pemakanan anda. Ketika bulan puasa, banyak juadah sedap yang manis dan berminyak. Pengambilan makanan yang bergoreng terutamanya deep fried akan memberi kesan kepada kesihatan dalaman kulit anda. Berhati-hati juga kepada anda yang mempunyai sebarang alergi dan pastikan anda minum air secukupnya bagi memastikan skin hydration untuk kulit yang kekal anjal. 

Mengamalkan skincare regime 

Terdapat 5 skincare routine asas yang perlu anda amalkan bagi muka cantik berseri. Pertama sekali anda wajib mencuci muka. 

Langkah kedua selepas mencuci muka adalah exfoliating, bagi memastikan kulit mati dapat ditanggalkan anda boleh menggunakan skrub sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Anda juga boleh menggunakan skrub bersifat semulajadi seperti garam. 

Langkah seterusnya, adalah toner. Tahukah anda bahawa muka anda tidak bersih 100%? Tak percaya? Letakkan sedikit toner pada kapas wajah dan bersihkan muka anda sekali lagi. Pasti ada kotoran yang tertinggal. Fungsi toner adalah untuk membersihkan dengan lebih mendalam segala kotoran yang tertinggal dan juga menutup lubang pori bagi mengelakkan ia terdedah kepada habuk dan kotoran. 

Langkah keempat adalah moisturizer atau pelembap. Pelembap harian adalah wajib untuk kulit yang sihat. Langkah terakhir, tidak lain tidak bukan iaitu sunscreen. Kalau anda tidak memakai sunscreen secara berkala, maka sia-sia sahajalah pemakaian toner dan moisturizer. Cahaya matahari boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan kulit dan juga kanser kulit, sunscreen sangat penting bagi menghalang kesan UV ini. 

Gunakan serum wajah. Satu atau dua minggu sebelum Hari Raya, anda pasti nak nampak berseri bukan. Nak tampil paling cantik di hadapan yang tersayang, wajah mestilah bersih dan sihat. Gunakan serum mengikut keperluan wajah anda.  

Muka anda masih berjerawat dan kusam? 

Bagi anda yang mempunyai masalah jerawat, jangan risau. Masih ada masa untuk tampil cantik berseri di pagi Raya nanti. Dengan rangkaian produk Hiruscar Anti Acne, ia mampu membantu menyelesaikan masalah jerawat, blackhead, papules dan pustules lebih berkesan dengan rangkaian Hiruscar Anti Acne. 

Hiruscar Anti Acne merupakan produk anti-bakteria yang membantu mencegah jerawat dengan 3 langkah iaitu mengurangkan bakteria penyebab jerawat, membuang sel kulit mati dan mengawal penghasilan sebum serta turut memberikan kelembapan kepada kulit bagi mengurangkan risiko jerawat tumbuh kembali. 

Ekstrak benih moringa yang digunakan dalam produk Hiruscar Anti Acne adalah sangat istimewa kerana ia mempunyai sifat anti pencemaran yang melawan cela daripada merosakkan kulit anda. 

Antara kandungan semulajadi yang terdapat pada rangkaian produk Hiruscar Anti Acne adalah MPS (Mucopolysaccharide Polysulphate), Salicyclic Acid, Allium Cepa, Laricyl, Bisabolol & Aloe Leaf Juice & Artichoke dan Ethyl Ascorbic Acid (Vitamin C) yang telah diuji keberkesanannya oleh pakar dermatalogi. Ia sesuai untuk kulit jenis sensitif dan mudah berjerawat.