Mitos dan fakta mengenai parut jerawat

Standfirst: 

foundation dah tebal dah, tapi parut jerawat nampak lagi” 

Kadang-kadang rasa sakit hati bila nak pergi pasar malam tapi kena guna foundation tebal gara-gara malu dengan parut jerawat. 

“Mungkin kalau pakai bedak sejuk esok hilang lah parut jerawat ni.” 

Parut jerawat boleh hilang dalam masa sehari? 

Mitos 1: Parut jerawat boleh hilang dalam masa sehari. 

Ini Ini merupakan salah satu daripada mitos yang sering didengari mengenai parut jerawat. Parut jerawat tidak boleh hilang dalam masa yang singkat, ia memerlukan masa untuk pulih di antara 3 hingga 6 bulan memandangkan parut jerawat melibatkan perubahan tekstur kulit. 

Ada juga yang mengambil jalan penyelesaian untuk membeli pelbagai produk skincare untuk menghilangkan parut jerawat. Lagi banyak produk yang digunakan, lagi cepat pudar parut jerawat. 

Mitos 2: Kombinasi pelbagai produk skincare boleh memudarkan parut jerawat dengan cepat. 

Apabila anda menggunakan pelbagai produk dalam satu masa yang sama, ia boleh mengakibatkan iritasi kulit. Parut jerawat anda mungkin akan lebih hitam disebabkan iritasi ini. 

Parut jerawat akan kekal di wajah selamanya. 

Mitos 3: Parut jerawat tidak akan hilang. 

Sekiranya parut jerawat anda mengambil masa yang lama untuk pulih, anda mungkin beranggapan bahawa ia tidak akan hilang, khususnya parut jerawat hitam.  

Tetapi jangan putus harapan. 

Parut jerawat boleh hilang dalam jangka masa tertentu, sekiranya parut tersebut tidak hilang lebih dari setahun, berkemungkinan ia merupakan parut jerawat fibrosis. Ia masih boleh dirawat dengan menggunakan produk penjagaan kulit tertentu termasuk kaedah rawatan laser. 

Cara menghilangkan parut jerawat yang berkesan. 

Terdapat pelbagai cara untuk hilangkan parut jerawat sama ada dengan kaedah semulajadi atau menggunakan produk dermatologi tertentu. 

1. Pengambilan makanan tinggi Vitamin A, E dan B3 

Sekiranya anda ingin menggunakan kaedah semulajadi untuk menghilangkan parut jerawat, anda boleh mengamalkan pengambilan makanan yang tinggi dengan kandungan Vitamin A, E dan B3. Vitamin A mempunyai ciri antioksida yang membantu dalam menghasilkan sel kulit yang sihat. Vitamin E pula berperanan untuk menyembuhkan kulit dan seterusnya memudarkan parut jerawat. Selain itu, kandungan Vitamin B3 juga semakin luas digunakan dalam menghasilkan produk skincare iaitu Niacinamide yang berfungsi untuk memudarkan bintik-bintik hitam dan pigmentasi. 

Antara contoh makanan yang tinggi dengan kandungan Vitamin A dan E adalah sayur-sayuran hijau, dan buah-buahan seperti betik, aprikot, kale serta minyak badam atau madu. 

Selain itu, anda boleh menggunakan hirisan tomato dan timun yang tinggi kandungan Vitamin A serta sebagai masker harian untuk memudarkan parut jerawat anda. Timun juga membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit anda. 

2. Aloe Vera 

Aloe vera atau lebih dikenali sebagai lidah buaya mempunyai kandungan aloesin yang boleh memudarkan parut jerawat dan turut membantu masalah pigmentasi kulit. Antara kaedah semulajadi yang sering digunakan adalah dengan mengasingkan gel dari daun lidah buaya dan dikisar untuk dijadikan masker muka. 

3. Bawang 

Percaya atau tidak, bawang atau nama saintifiknya Allium Cepa terbukti membantu dalam hilangkan parut jerawat hitam. Menurut kajian yang dijalankan di luar negara, ekstrak bawang terbukti dapat mengecilkan parut jerawat serta mengurangkan kekusaman kulit dalam masa 6 bulan sahaja.  

Kebaikan Hiruscar Post Acne 

Tahukah anda Hiruscar Post Acne merupakan produk yang boleh mengurangkan parut jerawat dengan cepat? 

Produk ini mempunyai kandungan Mucopolysaccharide Polysulphate, Allium Cepa, Allantoin, dan Vitamin B3.

Kandungan ini terbukti dalam mempercepat proses penyembuhan kulit dan memperbaiki permukaan kulit yang berparut. Ia juga dapat memudarkan parut jerawat hitam yang disebabkan oleh jerawat dalam (jerawat batu). 

Semua kebaikan dalam tumbuhan dan sumber semula jadi yang disebutkan tadi terdapat di dalam produk Hiruscar Post Acne dan ia sangat berkesan dalam membantu mengurangkan parut jerawat.  Jadi, anda tidak perlu lagi bersusah-susah memikirkan cara terbaik untuk mengurangkan kesan jerawat. Dengan Hiruscar Post Acne, semua kebaikan ini ada dalam satu produk. Lebih mudah, lebih berkesan, parut jerawat pun berkurangan.