Muka naik jerawat akibat ‘maskne’, Hiruscar Post Acne adalah jawapannya! 

Semenjak kita diperkenalkan dengan pemakaian mask (pelitup muka) akibat wabak yang melanda seluruh dunia ini, pelbagai isu lain pula yang turut muncul. Antaranya adalah maskne atau jerawat yang tumbuh akibat pemakaian mask muka. Jerawat maskne ini kerap tumbuh di kawasan pipi, dagu, bahagian sekitar bibir dan hidung. Tapi, macam mana nak buat, ini adalah antara cara untuk kita lindungi diri daripada wabak di luar sana. Jangan risau, kerana Hiruscar Post Acne ada untuk menentang maskne di muka anda! 

Kebanyakan kita memberikan fokus untuk mencari penyelesaian kepada masalah jerawat sedia ada (termasuk maskne). Namun, penting juga untuk kita untuk menggunakan produk terbaik untuk mengatasi masalah parut dan pigmentasi akibat maskne. Banyak produk-produk untuk merawat jerawat yang terdapat di pasaran pada masa kini, namun mana satu yang terbukti dan sesuai dengan kulit anda. Cadangan kami, Hiruscar Post Acne! 

Hiruscar Post Acne terbukti secara klinikal mampu mengurangkan parut jerawat sedia ada, kesan jerawat lama sehingga terbentuknya bintik hitam dark spots dan juga mengurangkan potensi pertumbuhan jerawat baharu. Ianya sangat sesuai digunakan untuk merawat kesan-kesan parut akibat maskne yang tumbuh di sekitar kawasan wajah.   

Ada yang mengaitkan cara pakai yang mask yang tidak betul adalah antara punca wujudnya jerawat maskne. Bakteria dari luar dan dalam yang ditapis pada mask anda sangat mudah melekat pada sekitar muka. Dalam kebanyakan kes, maskne berpunca daripada pori yang tersumbat. Bayangkan, wajah kita sudah mempunyai bakteria, minyak, dan sel kulit mati, dan apabila kita memakai mask, semua ini akan terkumpul dengan dan menutup pori anda.   

Mask muka juga memerangkap kelembapan daripada pernafasan dan peluh anda, yang meningkat potensi jerawat tumbuh. Satu lagi sebab maskne senang tumbuh adalah geseran. Apabila kulit muka anda bergeser dengan material mask, ini akan menyebabkan iritasi yang juga punca tumbuh jerawat dan akhir sekali meninggalkan parut yang tidak diingini.  

Bagaimana Hiruscar Post Acne membantu mengatasi maskne? Antara kandungan unik yang terdapat di dalam Hiruscar Post Acne adalah Mucopolysaccharide Polysulphate (MPS) yang antaranya mempercepatkan penghasilan asid hyaluronic dan mengekalkan kelembapan wajah. Selain daripada itu Hiruscar Post Acne juga mengandungi Allium Cepa (ekstrak bawang), Pionin (mengatasi bakteria), Allantoin dan Vitamin B3.  

Dengan formulasi 3 dalam 1, Hiruscar Post Acne berkesan untuk melembutkan kulit serta merawat bekas jerawat. Bukan itu sahaja, Hiruscar Post Acne juga diformulasikan agar sesuai untuk penggunaan harian. Namun, harus diingat, Hiruscar Post Acne ini hanya boleh digunakan selepas jerawat mengecut dan tidak digunakan untuk pada kesan luka yang terbuka. 

Selain daripada itu, Hiruscar Post Acne juga sangat mudah untuk digunakan. Dengan formulasi gel dengan kebaikan anti bakteria, ia juga mudah diserap, tidak berminyak dan mempunyai bau yang selesa. Bukan itu sahaja, Hiruscar Post Acne juga tidak mempunyai sebarang kandungan alkohol yang akan menyebabkan kulit rasa seperti terbakar.   

Pasti ramai yang bertanya bagaimana dan berapa lama keberkesanan Hiruscar Post Acne. Menurut penilaian klinikal yang telah diuji, keberkesanan Hiruscar Post Acne akan mula dilihat dalam masa 4 minggu. Dalam masa ini, anda akan dapat melihat pemukaan parut jerawat mula jadi lebih licin dan bekas-bekas parut lama juga semakin hilang. Pakar kami juga menyarankan anda menggunakannya dua kali sehari untuk mendapatkan hasil yang terbaik.  

Pada zaman wabak ini, kita bukan sahaja perlukan vaksinasi Covid-19, malah kita juga perlu tahu cara untuk elak jerawat tumbuh terutamanya yang melibatkan maskne. Ini kerana walaupun kelonggaran untuk tidak memakai mask telah mula dikuatkuasa, tapi pemakaian mask masih lagi menjadi kewajipan di kawasan-kawasan awam.  

Jom kekalkan kecantikan dan kesempurnaan wajah yang bebas maskne dengan Hiruscar Post Acne. Harga berpatutan, mudah dipakai, dan berkesan dengan baik untuk kulit. Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh terus membaca di sini.