Raikan Bulan Kesedaran Jerawat dengan Hiruscar Anti-Acne! 

Tahukah anda, pada tahun 2009, The American Acne and Rosacea Society (AARS) telah mengisytiharkan bulan Jun sebagai Bulan Kesedaran Jerawat. Bulan kesedaran jerawat ini diperkenalkan oleh AARS untuk meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang apa itu jerawat di samping menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan rawatan yang sesuai bagi membendung jerawat tersebut daripada menjadi lebih teruk. 

Jadi, sempena Bulan Kesedaran Jerawat ini, apa kata kita raikannya dengan cara menghilangkan  jerawat pada muka kita untuk wajah bebas jerawat, lebih bersinar dan yang penting, semestinya mendapatkan kulit yang lebih sihat dengan bantuan Hiruscar Anti-Acne. 

Mengapa pilih Hiruscar Anti-Acne? 

Buat mereka yang tidak biasa dengan produk Hiruscar Anti-Acne, jenama ini mempunyai rangkaian produk yang mempunyai banyak manfaat terutamanya bagi membantu anda mengatasi kulit sensitif dan mudah berjerawat. Antara produk yang terdapat dalam rangkaian Hiruscar Anti-Acne adalah, Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser, Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum, Hiruscar Anti-Acne Spot Gel, Hiruscar Anti-Acne Spot Cover Fluid dan yang terbaru iaitu Hiruscar Anti-Acne Advance Spot Gel!  

Masalah jerawat? Tak perlu malu! 

Kembali kepada topik Bulan Kesedaran Jerawat, malu disebabkan jerawat yang tumbuh pada wajah? Sebenarnya, anda tidak perlu malu kerana jerawat adalah masalah kulit biasa yang dialami kebanyakan remaja dan dewasa di seluruh dunia. Jadi, sekiranya anda memiliki kulit berjerawat, jangan risau, anda tidak bersendirian! 

Jadi sempena bulan yang istimewa ini, apa kata jom kita bersama mengetahui tip merawat jerawat dengan Hiruscar Anti-Acne ini dan kongsikan ia bersama rakan-rakan. 

Kenal pasti jerawat anda terlebih dahulu. 

Sebelum anda cuba pelbagai teknik rawatan jerawat, ambil masa untuk mengenali jerawat anda terlebih dahulu.  

Terdapat 7 jenis jerawat iaitu blackhead, whitehead, pustul, papul, kistik, nodul dan mekanika. Blackhead atau jerawat hitam merupakan antara bintik-bintik hitam yang paling biasa ditemui di permukaan kulit khususnya hidung. Manakala, whitehead atau jerawat putih merupakan benjolan putih di kulit yang disebabkan pori yang tersumbat. Papul pula agak kemerah-merahan sementara pustul adalah jerawat yang lebih besar dan mengandungi nanah. 

Adalah penting untuk anda mengenali jerawat anda kerana parut jerawat boleh berlaku disebabkan jerawat yang teruk. Namun, terdapat juga sesetengah parut yang disebabkan oleh whitehead dan blackhead boleh pudar dengan sendirinya. 

Langkah pertama cara menghilangkan jerawat adalah kenal pasti jenis jerawat. Selepas kenal pasti  barulah kita boleh begerak ke fasa ‘urus dan rawat’. Ya, rawat jerawat tersebut sebelum ia bertukar menjadi parut gelap. Sebagai contoh, anda mendapati kulit anda mempunyai blackhead atau whitehead, anda boleh merawat jerawat tersebut dengan menggunakan produk mempunyai kandungan asid salisilik yang berupaya untuk membunuh kuman di wajah serta membuang sel kulit mati.  

Berita baik! Anda tidak perlu bersusah payah kerana rangkaian produk Hiruscar Anti-Acne memang mengandungi kandungan asid salisilik tersebut dengan harga mampu milik dan ia telah menjalani ujian pakar serta disahkan oleh ahli dermatologi. 

Amalkan gaya pemakanan yang mencegah potensi pertumbuhan jerawat 

Di sebalik frasa “kecantikan sebenar bermula dari dalam” terdapat maksud tersirat iaitu jaga pemakanan anda. Salah satu cara menghilangkan jerawat untuk mendapatkan wajah yang bersih adalah dengan mengamalkan diet yang sihat melalui makanan yang bernutrisi tinggi. 

Kawal pengambilan indeks glisemik anda. Dalam satu kajian di negara luar, didapati individu yang mengamalkan diet glisemik rendah, mengalami pengurangan jerawat di wajah dan ada juga yang berjaya menurunkan pengambilan ubat jerawat. Contoh makanan rendah tahap glisemik adalah buah-buahan seperti epal, pisang, ceri dan oren termasuk sayur-sayuran seperti lobak merah, salad, tomato, dan timun. 

Anda juga digalakkan untuk meningkatkan pengambilan probiotik bagi mengawal pertumbuhan bakteria pada pori kulit bagi mengelakkan ia tersumbat. Dengan memastikan kebersihan kulit, ia dapat membantu menghilangkan jerawat anda dalam masa yang lebih singkat. Antara makanan yang tinggi kandungan probiotik adalah kombucha, kimchi, keju, dan yogurt. 

Beranikan diri dan biarkan kulit anda “bebas bernafas”  

Sekiranya anda gemar mengenakan make-up, Bulan Kesedaran Jerawat ini adalah masa yang sesuai untuk memberi ruang kepada kulit anda untuk bebas daripada produk-produk ini (satu hari pun tak mengapa). 

Ini disebabkan penggunaan make-up tanpa rutin pembersihan wajah yang betul, akan menyebabkan ‘pembiakan’ bakteria pada muka dan mengakibatkan pertumbuhan jerawat di permukaan kulit. Jadi, berikan masa untuk kulit anda berehat daripada pelbagai alat solekan dan biarkan ia bebas bernafas. 

Lakukan “ritual” bebas jerawat di kawasan persekitaran anda 

Tahukah anda, meskipun telefon bimbit anda nampak bersih, ia sebenarnya adalah antara punca utama pembiakan bakteria pada muka. Sekiranya anda mengalami masalah jerawat di kawasan pipi, rahang dan dagu, ia berkemungkinan besar disebabkan oleh penggunaan telefon bimbit. Apa lagi, bersihkan telefon bimbit anda dengan pencuci anti bakteria segera! 

Pendedahan kepada cahaya matahari boleh menyebabkan keradangan kulit dan  pertumbuhan jerawat kepada kulit muka yang sensitif. Seeloknya, hadkan masa anda terdedah dengan sinaran matahari, terutama sekitar jam 10 pagi dan 4 petang. Pakai sunscreen setiap hari. Tak kira anda lelaki atau wanita, cara yang terbaik untuk pastikan muka anda tidak mengalami sunburn adalah sunscreen. Jika boleh, gunakan sunscreen yang light weight dan bebas comedogenic. Pastikan ia SPF 30 ke atas ya! 

Jangan Stres! 

Ya, stres boleh menyebabkan jerawat. Kajian mendapati hormon cortisol (hormon yang dihasilkan ketika berada dalam keadaan stres) apabila bergabung dengan hormon lain di dalam badan anda akan menyebabkan jerawat. 

Oleh itu, adalah penting untuk anda mengenal pasti punca stres dan cuba yang terbaik untuk mengawal serta menguruskan masalah anda sebaik mungkin. Rujuk pakar kaunseling sekiranya perlu.  

Bulan Kesedaran Jerawat membantu membetulkan persepsi masyarakat tentang kulit berjerawat. Jerawat adalah masalah kulit yang biasa. Jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk tampil lebih yakin. 

Amalkan rutin penjagaan muka berjerawat yang konsisten untuk merawat jerawat anda dengan bantuan rangkaian produk Hiruscar Anti-Acne. Dalam jangka masa tertentu anda pasti akan dapat melihat keberkesanannya. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai Hiruscar Anti-Acne, anda boleh baca di sini. 

Jom dapatkan sekarang dan kongsikan dengan rakan-rakan anda mengenai kebaikan rangkaian Hiruscar Anti-Acne sempena Bulan Kesedaran Jerawat ini. Selamat mencuba.