Bila wajah mula naik berjerawat, pasti kita rasa rimas bukan? Rasa ingin picit dan hilangkannya dengan secepat mungkin. Tahukah anda, amalan ini adalah salah dan juga akan menyebabkan parut jerawat yang tinggal nanti akan lebih jelas dan berkemungkinan kekal pada wajah anda. Banyak juga mitos yang mengatakan lebih cepat jika anda picit jerawat, lebih cepat ia sembuh. Sekarang anda tidak perlu lagi percayakan mitos-mitos yang tidak benar ini dengan adanya Hiruscar Post Acne.
Hiruscar Post Acne adalah produk yang mampu membantu anda sebagai salah satu cara hilangkan parut jerawat. Namun, sebelum anda gunakan Hiruscar Post Acne ini, apa kata ketahui dahulu bagaimana cara asas untuk berhadapan dengan parut jerawat.
Apa itu parut jerawat?
Dalam definisi mudahnya, parut muncul pada bahagian muka (atau wajah) sebagai satu proses penyembuhan semula daripada luka yang dialami. Adakah jerawat meninggalkan kesan luka? Ya, jerawat yang telah matang dan pecah akan menyebabkan permukan dermis (kulit) akan terkoyak dan meninggalkan kerosakan pada permukaan kulit.
Mitos mengenai parut jerawat
Mengapa parut jerawat pada mulanya berwarna merah kemudian bertukar kepada warna gelap atau hitam? Ada mitos mengatakan daripada pengambilan kicap soya mengakibatkan parut bertukar warna, tidak kurang juga mitos yang mengatakan telur juga sebagai salah satu punca parut jerawat sukar sembuh dan bertukar warna. Sebenarnya, terdapat tiga klasifikasi parut jerawat iaitu athropic, hypertrophic dan keloid. Persoalannya, kenapa parut jerawat ini susah hilang? Apabila jerawat matang dan pecah, kulit akan kehilangan kolagen, dan apabila kurangnya sumber kolagen, ini akan menyebabkan parut bertukar kepada jenis Sunken dan nampak lebih menonjol pada wajah anda.
Kenapa parut jerawat susah hilang?
Anda dah guna pelbagai jenis produk, namun parut jerawat masih susah hilang, kenapa situasi ini terjadi? Terdapat pelbagai punca dan jawapan kepada masalah ini. Antaranya adalah cara menguruskan rawatan selepas jerawat tumbuh yang salah. Kerap menukar skincare, tidak menggunakan produk yang betul untuk menyembuhkan jerawat dan ada juga yang membiarkan parut jerawat tidak dirawat dalam jangka masa yang lama. Tahukah anda, apabila parut jerawat yang tidak dirawat dan dibiarkan terlalu lama akan sembuh dan meninggalkan kesan yang lebih ketara serta akhirnya menjadikan tona wajah anda nampak tidak sekata? Ada sesetengah yang masih mengamalkan cara tradisional untuk hilangkan punca parut jerawat. Tidak salah, namun sekiranya ada penyelesaian yang terbukti secara klinikal, apa salahnya.
Punca parut jerawat dan Hiruscar Post Acne
Pertama sekali, terdapat pelbagai jenis jerawat yang berpotensi tumbuh di wajah kita semua. Punca parut jerawat ini adalah daripada keradangan yang diakibatkan oleh jerawat itu sendiri. Lebih lama keradangan ini dibiarkan tanpa sebarang rawatan, lebih teruklah parut jerawat yang dihasilkan nanti. Apabila jerawat tumbuh denga banyaknya, tangan anda pasti tak senang duduk melihat ia merosakkan wajah anda. Pasti rasa nak picit bukan? Lebih kerap anda picit, lebih teruk kesan parutnya nanti. Terdapat pelbagai skincare yang mampu hilangkan parut jerawat, namun adakah ia betul-betul berkesan? Mungkin ya, dan mungkin juga tidak. Oleh itu, dengan Hiruscar Post Acne, ia mampu menjadikan kesan parut jerawat anda lebih kurang kelihatan dan kurangnya kesan hitam akibat parut.
Bukan itu sahaja, dengan Hiruscar Post Acne, anda akan dapat melihat kesan seawal 4 minggu. Antara kebaikan lain Hiruscar Post Acne adalah ia mengandungi Mucopolysaccharide Polysulphate (MPS) yang mempercepatkan penghasilan Hyaluronic Acid untuk meningkatkan kelembapan kulit. Antara bahan-bahan lain yang terdapat di dalam Hiruscar Post Acne juga adalah seperti Allium Cepa (ekstrak bawang yang membantu mengurangkan jangkitan), Pionin (menghalang pertumbuhan bakteria), Allantoin & Vitamin B3 (membantu meningkatkan kedaan kulit, menghilangkan kegatalan dan mempercepatkan pertumbuhan kulit baru).
Bagaimana cara pengunaan Hiruscar Post Acne
Produk Hiruscar Post Acne adalah untuk merawat kesan parut, bukan untuk mengatasi jerawat sedia ada. Peringatan juga, produk ini tidak boleh disapu atau digunakan pada mana-mana permukaan luka yang terbuka. Cara penggunaan Hiruscar Post Acne disarankan diguna secara konsisten sebanyak 2 kali sehari. Dengan formulanya yang mudah untuk digunakan, mempunyai bau yang menyenangkan dan tidak berminyak.
Betulkah Hiruscar Post Acne boleh membantu merawat parut jerawat?
Jawapannya, sudah pasti! Hiruscar Post Acne dengan formula 3 dalam 1 berfungsi secara serentak untuk menguat dan melembutkan kulit anda serta membantu meningkatkan kedaan parut jerawat secara sekaligus. Hiruscar Post Acne juga tidak mengakibatkan sebarang keradangan pada permukaan kulit. Risaukan pori anda tersumbat, jangan risau! Hiruscar Post Acne telah melalui ujian klinikal yang memastikan pori kulit tidak tersumbat. Bukan itu sahaja, anda juga tidak perlu risau kerana Hiruscar Post Acne tidak menggunakan sebarang bahan yang mengandungi alkohol.
Anda ada masalah parut jerawat, jangan tunggu lagi! Ketahui cara hilangkan parut jerawat dengan berkesan. Jom dapatkan Hiruscar Post Acne sekarang dan mula rawat parut jerawat untuk wajah yang lebih berseri, bebas parut jerawat. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai produk Hiruscar Post Acne, sila klik di ini untuk maklumat lanjut.