Masalah jerawat adalah satu masalah yang merosakkan kulit dan tisu di bahagian bawahnya. Tubuh berusaha untuk memulihkan kerosakkan ini dengan menghasilakn kolagen. Kolagen yang terlalu sedikit ataupun terlalu banyak terhasil di dalam badan juga, boleh menyebabkan parut jerawat. Industri kecantikan telah menemui banyak cara dalam memerangi masalah parut jerawat ini. Oleh itu, dengan terhasilnya ribuan produk rawatan parut jerawat, anda masih boleh menikmati  makanan yang sedap dan sihat serta semulajadi walaupun anda di dalam proses mengurangkan parut jerawat. Anda dan kulit anda adalah apa yang anda makan.

Disini adalah senarai makanan yang boleh anda makan untuk mengurangkan parut jerawat.

1. Kunyit

Kunyit, adalah antara bahan utama yang sering digunakan di dalam produk kecantikkan hari ini, lebih dikenali sebagai anti-keradangan dan merupakan komponen penting dalam “antioxidant curcumin”. Ciri-ciri ini akan memfokuskan perawatan liang-liang pori dan menenangkan kulit. Ia lebih membantu untuk mengurangkan parut jerawat.

2. Beri

Walaupun strawberi, rasberi, blubery, blackberry yang datang dari saiz buah yang kecil, namun ia dilengkapi dengan antioksidan yang sangat membantu dalam melindungi serangan bintik-bintik hitam. Ia juga mengandungi vitamin C, yang terbukti bagus untuk melindungi kulit daripada kekotoran kulit.

3. Betik

Betik mengandungi enzim pencernaan yang dikenali sebagai “papain”. Lebih banyak pengambilan papain di dalam badan anda, sel-sel kulit mati akan menggelupas, liang pori tidak akan tersumbat, parut jerawat yang menghilang, kulit lebih terhidrat, dan kemungkinan jerawat itu akan hilang selamanya itu ada. Vitamin dan mineral yang terdapat di dalamnya juga akan membantu meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedutan.

4. Labu

Labu terbukti mengandungi enzimnya yang tersendiri dalam membantu melembutkan kulit dan mengembalikan keseimbangan pH, zink dan AHA. Zink ini juga membantu mengeluarkan “sebum” yang boleh membantu dalam penjagaan kulit yang lazim.

5. Asid Lemak Omega 3

Makanan yang mengandungi  Asid Lemak Omega-3, seperti ikan salmon, ikan bilis, sardin dan markeral mempunyai antioksidan yang baik untuk membantu mengurangkan keradangan kulit.

6. Keledek 

Keledek diperkaya dengan retinol (vitamin A), yang dapat membantu mempercepatkan kadar kesembuhan kulit akibat luka jerawat.  Selain mengambil makanan yang kaya dengan retinol, pastikan anda mengambil produk rawatan parut jerawat yang membantu.

7. Kubis Daun

Terdapat banyak vitamin dan mineral yang terkandung di dalam sayur-sayuran anti-radang ini. Ia didapati sesuai untuk mengurangkan “hiper-pigmentasi” terhadap kulit sehingga parut-parut ini hilang tanpa meninggalkan tompok-tompok buruk pada kulit.

8. Kuinoa 

Kombinasi dengan salad atau dijadikan sebagai hidangan sampingan, quinoa mempunyai rasa yang luar biasa, yang juga boleh menjadi penganti kepada tepung gandum dalam biskut, muffin, dan makanan bakar yang lain. Quinao diperkaya dengan antioksidan dan vitamin B. Ini akan membantu anda untuk mengurangkan perubahan warna kulit.

9. Brokoli

Brokoli, diperkaya dengan vitamin C, membantu menggalakkan penghasilan kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit wajah.

1o. Teh Hijau

Selain dikenali sebagai minuman yang membantu mengurangkan berat badan, teh hijau juga didapati kaya dengan “polyphenols” yang membantu mengurangkan pembesaran liang  pori di kulit wajah anda. 

11. Kekacang

Kekacang kebiasaannya mengandungi glisemik yang rendah, jadi ia membantu mengurangkan keradangan pada wajah. Apabila anda memakan lebih banyak kekacang, anda akan  mengalami masalah jerawat yang lebih rendah kerana keadaan kulit tidak begitu teruk dengan keradangan yang kurang. Bagi makanan yang padat nutrien, masukkan ke dalam sup atau rebusan yang anda buat atau taburkan sedikit di atas salad yang anda sediakan

12. Badam

Badam mengandungi kandungan vitamin E yang baik dalam membantu melembapkan kulit dari dalam dan akhirnya akan menyembuhkan parut jerawat dari dalam ke luar kulit wajah.

13. Jus Lemon

Jus lemon yang segar berfungsi sebagai “astringent” semulajadi yang membantu menegangkan kulit yang kendur dan menutupi kesan kedutan. Jus lemon yang diperkaya dengan vitamin C juga dapat membantu membuang toksik dalam badan dan menajdikan kulit anda kelihatan lebih berseri.

14. Beras perang

Beras perang diperkaya dengan magnesium yang membantu keseimbangan hormon agar tidak menyebabkan kulit terkesan akibat jerawat.

Dengan pengambilan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, dan ikan untuk diet anda, ia akan menjadikan anda lebih sihat. Mengambil makanan yang bersifat semulajadi yang dapat mengurangkan keradangan, memperbaiki pembentukan kolagen, dan menghalang toksik persekitaran adalah salah satu alternatif untuk membantu mengurangkan parut jerawat pada kulit anda. Ia selamat untuk diambil bersama produk penghilang parut jerawat, seperti Hiruscar Post Acne Gel.