Akne adalah keadaan kulit yang berlaku apabila minyak dan sel-sel kulit mati tersumbat di folikel rambut. Bebintik putih, bebintik hitam ataupun jerawat adalah akibat yang disebabkan oleh pembentukan akne. Jerawat selalu terjadi pada remaja, tetapi ia juga terjadi di semua peringkat umur.

Pada masa kini, orang lebih mudah mendapat jerawat kerana memakai pelitup muka bagi mengelakkan daripada dijangkiti Covid-19. Kesan sampingan khas akibat memakai pelitup muka sepanjang masa adalah keadaan yang dikenali sebagai ‘maskne’ (topeng jerawat). Bukan hanya anda seorang, ramai lagi yang mengalami masalah jerawat kerana memakai pelitup muka.

Minyak, bakteria, dan sel kulit mati memang terdapat pada kulit setiap orang. Bahan-bahan ini akan semakin bertambah dan menyekat liang-liang anda semasa anda memakai pelitup muka. Malah, penggunakan pelitup muka akan memerangkap kelembapan akibat pernafasan dan berpeluh, lalu meningkatkan peluang terjadinya jerawat.

Penyebab Akne/Jerawat

Empat faktor utama penyebab jerawat. Termasuklah:

  1. Penghasilan minyak berlebihan (sebum) production
  2. Folikel rambut tersumbat oleh minyak dan sel kulit mati.
  3. Bakteria
  4. Keradangan

Orang biasanya mengalami jerawat di sekitar kawasan muka, dahi, perut, punggung atas, dan bahu kerana bahagian kulit ini mengandungi kelenjar minyak (sebaceous) yang paling banyak.

Dinding folikel dapat membonjol dan menghasilkan bebintik putih, ataupun bonjolan tersebut boleh terbuka dan menjadi gelap di permukaan, membentuk bebintik hitam. Bebintik hitam kelihatan seperti kotoran yang terperangkap dalam liang. Tetapi liang tersebut dipenuhi bakteria dan minyak yang apabila terkena udara, berubah menjadi coklat.

Dengan warna putih di tengah, jerawat menghasilkan bintik-bintik merah yang terjadi apabila folikel rambut yang tersumbat meradang atau tercemar. Di bawah permukaan kulit anda, penyumbatan dan keradangan jauh di dalam folikel rambut membentuk ketulan keras. Jerawat secara amnya tidak mempengaruhi pori-pori kulit yang lain, seperti bukaan kelenjar peluh.

Sesetengah perkara boleh mencetuskan atau memburukkan lagi masalah jerawat, termasuklah:

a. Perubahan hormon

Semasa akil baligh, hormon androgen yang meningkat pada kanak-kanak lelaki dan perempuan akan membiarkan kelenjar sebum berkembang dan menghasilkan lebih banyak sebum.

Semasa pertengahan umur, terutama pada wanita, perubahan hormon juga dapat menyebabkan terjadinya jerawat.

b. Ubat-ubatan

Terdapat ubat yang boleh merangsang pembentukan jerawat pada kulit. Ubat-ubatan yang mengandungi kortikosteroid, testosteron, atau litium adalah contoh ubat yang boleh menyebabkan jerawat.

c. Diet

Kajian mendapati bahawa jerawat boleh bertambah teruk apabila makan makanan yang kaya dengan karbohidrat, seperti roti, donut, dan kerepek.

d. Tekanan

Bukan stress yang menyebabkan jerawat, tetapi stress boleh membuatkan jerawat bertambah teruk jika anda memang mempunyai jerawat.

Bagaimana Mencegah Akne atau Maskne

1. Cuci muka anda dengan cara yang betul

Adalah sangat penting untuk membuang lebihan minyak, kotoran, dan peluh setiap hari untuk mengelakkan jerawat.

Mencuci lebih dari dua kali sehari boleh mengakibatkan jerawat anda menjadi lebih teruk. Jangan mencuci muka dengan pembersih kulit kering yang kasar. Gunakan pembersih yang bebas alkohol.

2. Pastikan kulit anda sentiasa lembab

Pelembap mencegah kulit anda menjadi kering. Kebanyakan pelembap mengandungi minyak, wangian sintetik, atau unsur lain yang boleh merengsa kulit dan menyebabkan jerawat.

Gunakan pelembap tanpa komedogenik, tanpa pewangi selepas anda mencuci muka atau ketika kulit anda kering untuk membantu mencegah jerawat.

3. Lakukan rawatan OTC untuk mencegah jerawat

Rawatan Over-the-counter (OTC) untuk masalah jerawat dapat membasmi jerawat dengan cepat atau mengatasinya pada peringkat permulaan.

Untuk mengatasi jerawat, gunakan rawatan OTC seperi produk hilangkan parut jerawat. Rawatan ini sangat digalakkan bagi mengelakkan jerawat bertambah banyak dan juga sebagai langkah pencegahan.

Sebilangan produk hilangkan parut jerawat, apabila digunakan dengan betul, dapat memberikan rawatan yang baik untuk pencegahan jerawat.

4. Jangan sentuh wajah anda

Sepanjang hari, tangan kita kerap menyentuh kotoran dan bakteria. Beberapa kotoran yang terlekat boleh dipindahkan ke kulit anda setiap kali anda menyentuh wajah.

Basuh tangan anda sekerap mungkin, dan elakkan dari selalu menyentuh kulit wajah anda.

5. Jangan suka memicit jerawat

Tahan diri agar tidak memicit jerawat putih di hujung hidung anda, walaupun anda mahu berbuat demikian. Perbuatan memicit jerawat boleh menyebabkan pendarahan, parut yang berlebihan atau terkena jangkitan.

Keradangan dan penyumbatan di sekitar liang pori juga boleh meningkat dan menyebabkan masalah jerawat bertambah buruk.

6. Tanggalkan pelitup muka apabila anda boleh lakukannya

Apabila anda bersendirian terutamanya di rumah, tanggalkan pelitup muka supaya wajah anda boleh mendapat udara yang segar.

Ringkasan

Di antara semua petua yang diberikan di atas, penggunaan produk dan krim rawatan parut jerawat adalah pilihan paling mudah untuk memberi rawatan bagi mencegah masalah jerawat.

Kami harap bahawa petua hilangkan parut jerawat ini dapat membantu anda mecegah jerawat.