Rasanya, dalam banyak-banyak punca parut pada badan atau muka, kita semua paling takut dengan parut yang diakibatkan oleh kebakaran. Pastinya kulit akan melecur, pedih, dan terpaksa melalui proses penyembuhan yang lama. Tambah-tambah lagi kalau luka melecur tersebut agak besar. Bagi anda yang mempunyai parut melecur terutama pada bahagian badan yang mudah dilihat, pasti senang hilang rasa keyakinan diri. Tetapi, jangan risau kerana hero menentang parut melecur anda dah tiba, memperkenalkan Hiruscar Silicone Pro!
Parut melecur boleh terhasil daripada pelbagai punca, seperti terpegang besi panas serupa teko, seterika ketika menggosok baju, waktu memasak dan pelbagai lagi situasi. Ketika kita kecil, antara petua untuk hilangkan parut melecur adalah dengan meletakkan ubat gigi ataupun ais bagi melegakan kepanasan tersebut. Sayangnya, semua ini salah! Tak percaya? Public Health Malaysia dalam satu laporan mereka mengatakan haba yang terperangkap akan menyebabkan kesan yang lebih buruk.
Untuk masa sekarang, abaikan mitos ubat gigi ini dan beralih ke cara hilangkan parut melecur sebenar dengan Hiruscar Silicone Pro. Tapi, betulkan ia berkesan untuk hilangkan parut melecur ini? Betul. Hiruscar Silicone Pro terbukti secara klinikal merawat pembentukan hypertrophic dan parut keloid daripada kesan pembedahan, kemalangan termasuklah kebakaran.
Apa bahan-bahan dalam Hiruscar Silicone Pro yang mampu menghilangkan parut melecur?
Pertama, ia mengandungi Mucopolysaccharide Polysulphate (MPS). Apa itu MPS, ia adalah bahan eksklusif yang unik dan hanya untuk terdapat dalam rangkaian produk Hiruscar. MPS mengandungi bahan semulajadi anti-keradangan yang merangsang penghasilan asid hyaluronic dan meningkatkan kelembapan kulit supaya sel mudah tumbuh semula. Dengan adanya bahan ini, kulit akan kekal lembab dan struktur sel lebih kuat dalam waktu penyembuhan.
Kedua, Vitamin C yang juga sebagai sumber antioksidan ini amat dikenali dan diguna untuk merawat hiperpigmentasi. Sebab itu Hiruscar Silicone Pro sangat berkesan merawat dan memudarkan kesan parut, melegakan kesan kemerahan dan akhir sekali menjadikan parut melecur semakin pudar.
Akhir sekali, kandungan Vitamin E yang terdapat dalam Hiruscar Silicone Pro membantu melegakan kulit dan juga bertindak sebagai antioksidan yang menguatkan fungsi penghadang kulit supaya jadi lebih kuat, elastik, lebih lembab dan mengurangkan keradangan akibat melecur.
Tahukah anda terdapat 3 jenis peringkat melecur?
Lecuran tahap pertama hanyalah melibatkan lapisan epidermis atau pun permukaan kulit. Antara tanda-tandanya adalah kulit menjadi merah, kering dan anda akan berasa pedih. Kemudian, kawasan yang melecur tadi akan membengkak dan akhirnya sembuh dalam masa seminggu. Untuk menggunakan Hiruscar Silicone Pro dengan berkesan, pastikan luka anda betul-betul sembuh dan kemudiannya barulah disapukan pada kawasan luka yang telah kering tadi untuk merawat dan mengelakkan potensi akibat parut melecur.
Lecuran pada tahap kedua pula hampir sama, cuma anda akan dapat melihat gelembung cecair dan kulit nampak seakan-akan basah serta tempoh penyembuhan mengambil masa yang agak panjang sekitar 3 hingga 4 minggu. Jangan pandang rendah lecuran tahap kedua ini kerana ia berpotensi besar meninggalkan parut. Jadi, ambil perhatian, rawat, tunggu sehingga luka betul-betul kering dan sembuh, kemudian barulah gunakan Hiruscar Silicone Pro.
Pada tahap ketiga pula, ia lebih berbahaya. Semua lapisan kulit akan musnah dan akan mengakibatkan kecederaan pada di bawah epidermis seperti lemak, otot tulang dan saraf. Permukaan kulit juga akan bertukar warna dan dalam sesetengah kes lecuran tahap 3, ia mampu mengakibatkan saraf juga turut terbakar. Tidak kiralah apa tahap lecuran anda, nasihat terbaik kami adalah untuk mendapatkan rawatan serta merta dengan pakar perubatan.
Cara menggunakan Hiruscar Silicone Pro dengan efektif
Luka dah kering, baik, inilah masa yang sesuai untuk menggunakan Hiruscar Silicone Pro. Gunakan Hiruscar Silicone Pro seawal mungkin selepas luka sembuh untuk mengurangkan kesan kemerahan dan parut. Penggunaan Hiruscar Silicone Pro juga mampu mengurangkan kesan parut supaya tidak menjadi terlalu tebal.
Untuk hasil yang terbaik, gunakan 2 kali sehari pada permukaan parut dalam tempoh masa 3 hingga 6 bulan untuk lihat keberkesanannya.
Nota: Hiruscar Silicone Pro juga mengurangkan kesan kegatalan apabila kulit anda dalam proses penyembuhan daripada parut.
Jadi, sekiranya anda mengalami lecuran dan tidak tahu cara untuk merawatnya daripada parut melecur, Hiruscar Silicone Pro adalah jawapan terbaik untuk anda. Dapatkannya sekarang di farmasi berhampiran pada harga yang berpatutan. Untuk ketahui lebih lanjut lagi, anda boleh terus membaca di sini untuk cara penggunaan, bahan-bahan malah testimoni selepas penggunaan Hiruscar Silicone Pro.