Hiruscar Silicone Pro
Hiruscar Silicone Pro adalah gel penjagaan parut yang terbukti secara klinikal berkesan untuk menghalang dan merawat pembentukan parut hipertrofi dan parut keloid akibat pembedahan, kemalangan atau kulit terbakar / melecur.
Ia dirumus khas untuk memperbaiki penampilan parut lama dan baharu dalam masa 4 minggu sahaja secara selamat dan berkesan melalui mekanisme Tiga Tindakan untuk memudarkan kesan parut, meratakan serta melembutkan parut, dan melegakan kegatalan.
Garis panduan praktikal antarabangsa terbaru untuk penjagaan parut mengesyorkan penggunaan gel silikon topikal sebagai pilihan pertama yang tidak bersifat invasif untuk memulihkan parut. Menurut panel pakar perubatan yang dilantik untuk membangunkan garis panduan tersebut, ia adalah pilihan terbaik untuk mencegah dan merawat parut yang timbul dan berwarna kemerahan. Hiruscar Silicone Pro dengan rumusan cepat kering sungguh selesa digunakan, walaupun pada kulit sensitif. Teksturnya yang licin membolehkannya disapu dengan mudah pada seluruh kawasan parut yang timbul dan tidak sekata.
Eur J Dermatol. 2014 Jul-Aug;24(4):435-43. doi: 10.1684/ejd.2014.2356.
Atasi Parut Dengan Silicone Pro
Hiruscar Silicone Pro boleh digunakan untuk merawat parut hipertrofi dan parut keloid akibat pembedahan, kemalangan atau kulit terbakar. Ramuan utama dalam Hiruscar Silicone Pro bertindak secara sinergistik untuk memudarkan, meratakan dan melembutkan parut:
Gel Silikon
Digunakan secara meluas oleh doktor sebagai pilihan utama yang tidak bersifat invasif dalam rawatan dan pencegahan parut kemerahan yang timbul. Gel silikon bertindak melalui Pencegahan Kehilangan Air Transepidermal (TEWL) dan membentuk penghalang fizikal di antara kulit dengan bakteria di persekitaran dan meredakan kegatalan.
Vitamin C
Vitamin C adalah antioksidan yang sering digunakan dalam rawatan kulit untuk meminimumkan hiperpigmentasi. Vitamin C dalam Hiruscar Silicone Pro berfungsi untuk memudarkan parut dan mengurangkan kemerahan supaya parut tampak kurang ketara.
Mucopolysaccharide Polysulphate (MPS)
Mucopolysaccharide polysulphate adalah ramuan utama dalam semua rangkaian produk Hiruscar. Agen anti-radang semula jadi ini mengalakkan penghasilan asid hyaluronik dan meningkatkan tahap lembapan kulit bagi merangsang penjanaan semula sel. MPS memastikan kulit terus terhidrat dan jalinan sel-sel kulit diperkukuhkan sepanjang proses penyembuhannya.
Ramuan Penuh: Gel Silikon, MPS, Vitamin C, Vitamin E
Penggunaan Hiruscar Silicone Pro
Untuk kesan terbaik*, gunakannya dua kali sehari pada parut baharu selama 3 – 6 bulan, sehingga mendapat hasil yang memuaskan. Ia perlu disapu sebaik sahaja luka sembuh dan tertutup sepenuhnya. Kami mengesyorkan saiz gel berukuran 6mm diameter atau sebesar kacang pea untuk parut berukuran 8cm.
Membersihkan dan mengeringkan secara lembut bahagian terbabit. Sapukan gel dan ratakannya pada bahagian parut dengan pergerakan yang menghala pada satu arah sahaja untuk membentuk lapisan gel yang nipis.
Biarkan gel kering sepenuhnya selamat 1-2 minit. Anda boleh memakai krim pelindung matahari atau mekap di atas lapisan Hiruscar Silicone Pro, jika perlu.
Penggunaan konsisten selama 2 bulan atau lebih lama adalah disyorkan untuk mengurangkan kesan parut dengan lebih ketara.
Untuk mencegah pembentukan parut, gunakan Hiruscar Silicone Pro sebaik sahaja luka mula sembuh.
Testimoni Pelanggan
Registered under Act 737; GMD48565470518A, MDAMD 0334/2022
Soalan Lazim
Berapa lamakah saya perlu menggunakan Hiruscar Silicone Pro?
Gunakan Hiruscar Silicone Pro konsisten selama 2 bulan atau lebih lama sehingga keadaan parut semakin baik.
Satu tiub 10g Hiruscar Silicone Pro boleh bertahan selama kira-kira 1.5 – 2 bulan pada parut 8cm.
Apakah manfaat yang akan saya dapat dari penggunaan Hiruscar Silicone Pro?
Anda akan mendapati bahawa parut anda menjadi lebih rata, lebih lembut dan lebih licin. Gel silikonnya boleh membentukkan lapisan pelindung pada kulit untuk mencegah jangkitan bakteria. Ia juga boleh mengurangkan kegatalan.
Adakah Hiruscar Silicone Pro selamat digunakan oleh wanita hamil dan menyusu?
Ya, ia selamat untuk wanita hamil kerana ia hanya bertindak secara tempatan dan tidak diserap secara sistemik.
Registered under Act 737; GMD48565470518A, MDAMD 0334/2022