Hiruscar Gel

Hiruscar ialah gel jernih tidak melekit, tidak berminyak dan cepat diserap oleh kulit bagi mengurangkan rupa parut yang ketara. Hiruscar dirumus khas dengan empat bahan aktif semulajadi dan berfungsi secara sinergistik untuk membantu mencerahkan, menghaluskan dan meratakan parut dengan selamat dan berkesan.

Atasi Parut Dengan Hiruscar

Mucopolysaccharide Polysulphate (MPS)

Mempercepatkan penghasilan asid hyaluronik bagi meningkatkan keupayaan sel-sel kulit untuk mengekalkan lembapan. Hasilnya, parut menjadi semakin pudar manakala pengaliran oksigen dan nutrien di dalam lapisan epidermis kulit menjadi semakin lancar.

Vitamin B3

Meratakan tona kulit dan menghilangkan cela hitam.

Allium Cepa (Ekstrak Bawang)

Mencerahkan penampilan parut dengan membantu dalam pembaruan sel, dengan itu mengembalikan tisu kulit kepada penampilan yang lebih lembut dan semulajadi.

Bahan Utama: MPS, Allium Cepa, Vitamin B3, Vitamin E, Daun Aloe, Allantoin

Penggunaan Hiruscar

Memudarkan dan melembutkan parut yang timbul dan tenggelam akibat luka kecil, kemalangan, kelecuran, cacar air dan juga gigitan serangga

Sapu Hiruscar dengan lembut pada luka tertutup sebanyak 2-3 kali sehari.

Untuk kegunaan pada muka, sapu Hiruscar sebelum memakai pelembap atau solekan untuk penyerapan yang lebih sempurna.

Untuk parut lama yang tebal dan besar, urut gel pada bahagian terbabit selama 2-3 minit, 3-4 kali sehari dan teruskan berbuat demikian selama 4-6 bulan.

Bagi mengelakkan luka yang baru daripada meninggalkan kesan parut, sapu Hiruscar secara berterusan selama 4-8 minggu sebaik sahaja luka tertutup sepenuhnya.

Rawatan berterusan selama 6-8 minggu adalah disyorkan untuk memudarkan parut pembedahan dan jerawat.

Rawatan berterusan selama 8 minggu adalah disyorkan untuk merawat luka melecur yang diakibatkan oleh api, paip ekzos atau air panas.

Customer Reviews

Soalan Lazim

Berapa lamakah saya perlu menggunakan Hiruscar?

4-6 bulan untuk parut lama yang tebal dan besar, 4-8 minggu untuk luka yang baru, 6-8 minggu untuk parut pembedahan dan jerawat, dan 8 minggu untuk luka melecur yang diakibatkan oleh api, paip ekzos atau air panas.

Beli Sekarang