Sebut saja mengenai Keloid, pasti mereka yang arif tentang penjagaan kulit takut mendengarkan nama Keloid ini. Nak tahu kenapa? Kerana Keloid adalah satu situasi dimana pemulihan luka yang mengakibatkan parut yang tebal dan sangat menonjol di bahagian badan serta termasuk di wajah. Ya, kawasan muka juga tidak terhindar daripada Keloid. Adakah cara untuk menghilangkan Keloid, sudah pasti! Antara yang paling mudah adalah seperti rawatan laser dan suntikan stereoid yang sudah pastinya menelan belanja yang agak besar. Tetapi, jangan risau, ada cara menghilangkan Keloid dengan mudah dan harga yang mampu milik untuk semua. Hiruscar Silicon Pro adalah jawapan kepada masalah Keloid anda! 

Apakah penyebab Keloid? 

Mungkin anda mempunyai parut Keloid dan tidak menyedarinya sehingga hari ini. Parut Keloid ini sebenarnya adalah salah satu jenis parut yang terhasil akibat luka yang lebih luas daripada kecederaan asal. Apabila permukaan dermis (kulit) terbuka akibat luka, tisu fibrous (tisu parut) akan mula tumbuh sebagai salah satu cara untuk menutup kawasan luka. Namun, dalam sesetengah kes, tisu fibrous ini tumbuh secara berlebihan dan mengakibatkan keloid daripada permukaan kulit menjadi lebih licin dan keras dan inilah yang dikenali sebagai parut Keloid. 

Nota: Dalam sesetengah situasi, walaupun hanya dengan luka calar yang sedikit sahaja boleh mengakibatkan parut Keloid.  

Adakah Keloid berbahaya kepada kita? 

Untuk pengetahuan semua, Keloid tidak berbahaya dan ada rawatan untuk parut Keloid ini. Namun, di sebalik berita baik ini juga, anda perlu tahu bahawa Keloid adalah sukar untuk dihilangkan dan juga boleh diwarisi secara genetik. Antara penyelesaian terpantas untuk menghilangkan parut jerawat Keloid ini adalah rawatan laser atau pembedahan untuk membuangnya terus (sekiranya terlalu besar). Namun, Keloid tidak mudah dihapus semudah itu, dan kemungkinan untuk ia tumbuh semula di atas Keloid yang telah dibuang adalah tinggi. Namun, jangan risau, Hiruscar Silicone Pro mampu membantu anda sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kesan Keloid. 

Bagaimana Hiruscar Silicone Pro dapat membantu anda 

Hiruscar Silicone Pro diformulasikan dan terbukti secara klinikal untuk menghalang dan merawat penghasilan hypertrophic dan parut Keloid sama ada daripada kesan selepas pembedahan, kemalangan mahupun kebakaran. Hiruscar Silicone Pro juga adalah gel silikon yang mengandungi Mucopolysaccharide Polysulphate (MPS) bertindak sebagai penghalang keradangan secara semula jadi dan ia terdapat dalam semua produk Hiruscar. MPS juga merangsang penghasilan asid hyaluronic dan memberi kelembapan bagi meningkatkan penghasilan sel serta cepat sembuh. Ditambah pula dengan Vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan untuk mengurangkan hyperpigmentasi dan mengurangkan kemerahan pada parut. Selain daripada itu, Hiruscar Silicone Pro juga mengandungi Vitamin E yang befungsi menguatkan fungsi skin barrier, meningkatkan keanjalan dan tahap kelembapan kulit serta mengurangkan keradangan. 

Hiruscar Silicone Pro juga mempunyai fungsi unik Transpidermal Water Loss (TEWL) yang membentuk pelindung kepada skin barrier bagi mengekalkan kelembapan di dalam kulit dan sekaligus membantu menghalang penghasilan parut Keloid yang ketara. Bukan itu sahaja, material gel silikon yang terdapat dalam Hiruscar Silicone Pro juga membantu parut anda supaya tidak dimasuki sebarang bakteria yang boleh mengakibatkan penghasilan kolagen yang abnormal. Akhir sekali, Hiruscar Silicone Pro juga mampu untuk meningkatkan pertumbuhan basic fibroblast growth factor (bFGF). Proses ini juga dikenali sebagai proses awal pembentukan parut dan mengimbangi aktiviti pemulihan pada luka supaya pengeluaran kolagen dapat dikawal supaya parut hypertrophic boleh dicegah. 

Keberkesanan Hiruscar Silicone Pro sebagai alternatif cara menghilangkan Keloid 

Menurut kajian keberkesanan yang telah dijalankan, 96% daripada pengguna berkata parut nampak berkurangan dan sembuh dalam hanya masa 4 minggu penggunaan Hiruscar Silicone Pro. Dalam ujian tersebut juga, 94% pengguna mengatakan Hiruscar Silicone Pro menghilangkan kegatalan pada parut Keloid mereka dalam 1 minggu yang pertama. Untuk pengunaan yang berterusan hinggalah minggu keempat, para pengguna memberikan maklum balas positif seperti kawasan parut keloid nampak lebih lembut dan mula pudar serta hampir sama dengan tona warna kulit asal. 

Cara penggunaan Hiruscar Silicone Pro 

Hiruscar Silicone Pro adalah sesuai untuk digunakan setiap hari sebagai rawatan kepada Keloid anda. Gunakan Hiruscar Silicone Pro sewal mungkin pada permukaan luka yang telah sembuh sepenuhnya. Untuk hasil terbaik, gunakan dua kali sehari dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Untuk parut yang bersaiz 8cm, anda boleh picitkan sedikit gel Hiruscar Silicone Pro sebanyak 6mm dan sapukan pada permukaan parut. 

Nota: Hiruscar Silicone Pro tidak berminyak dan juga mudah untuk digunakan. 

Untuk anda yang mempunyai masalah parut Keloid, jom cuba Hiruscar Silicone Pro hari ini atau cadangkan kepada kenalan yang mempunyai situasi yang sama. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai Hiruscar Silicone Pro dan cara membelinya, anda boleh terus baca di sini. Selamat mencuba!