Jerawat dan parut yang ditinggalkannya mungkin agak menjengkelkan. Sama ada anda menderita breakout jerawat pada zaman remaja, pada umur dua puluhan atau malah tiga puluhan, kesannya mungkin agak menyakitkan mata.

Jika anda mahu menghilangkan parut jerawat, kami telah membuat satu senarai lima prosedur tanpa pembedahan, termasuk cara-cara dan produk-produk hilangkan parut jerawat, yang boleh membantu anda mendapatkan kulit yang licin dan cantik.

1. Pengisi Dermis

Pengisi dermis boleh digunakan untuk memperbaiki berbagai-bagai masalah kulit, termasuk parut jerawat. Kuantiti yang kecil dapat mengisi dan melicinkan sebarang kawah kulit yang ditinggalkan oleh breakout jerawat sebelumnya secara sementara.

Pengisi dermis sangat sesuai untuk parut berlekuk. Dan juga bergantung kepada jenis pengisi yang anda gunakan, rawatan mungkin perlu dilakukan secara berkala, mungkin setiap enam bulan, untuk mengekalkan kesannya.

Apabila anda mula menggunakan pengisi dermis untuk merawat parut jerawat, anda mungkin mengalami kelebaman, kebengkakan dan kemerahan pada kulit. Jangan risau; ia adalah sebahagian daripada proses penyembuhan. Pengisi dermis tidaklah mahal sangat dan tidak invasif.

2. Retinol

Retinol dikenali ramai sebagai Vitamin A, dan ia membantu dalam rawatan anti penuaan tetapi juga digunakan untuk membuka membersihkan liang-liang dan memudarkan parut jerawat.

Menggunakan retinol untuk merawat parut akne adalah lebih kepada proses beransur-ansur, tetapi juga dikenali membuatkan kulit lebih cerah dan licin. Orang dengan tona kulit gelap yang mendapat tompok hitam (hiperpigmentasi) boleh memanggilnya parut.

Orang lain dengan parut jerawat boleh mengalami perubahan tekstur pada kulit, seperti tekstur kulit lekukan atau tidak sekata. Jika masalah kulit anda adalah lekukan, merawat dengan retinoid akan membantu menyekatakan tona kulit dan merawat jerawat anda, jika ia masih ada.

Dan jika masalah kulit adalah perubahan tekstur, retinoid dapat membantu tetapi juga akan memerlukan rawatan permukaan semula.

3. Hiruscar Post Acne Gel

Hiruscar Post Acne Gel adalah pilihan tidak invasif untuk merawat parut akne di rumah. Ia berguna dalam semua fasa proses rawatan semulajadi. Gel Hiruscar mengandungi vitamin B3 untuk membantu menghilangkan parut jerawat gelap. Ia juga mengandungi Pionin, agen antibakteria yang boleh membunuh P acnes (propionibacterium acnes). P acnes merupakan bakteria yang biasa dijumpai pada kulit dan menyebabkan jerawat berulang kali.

Hiruscar Post Acne Gel mungkin berguna untuk parut-parut baru dan lama. Tindakan gabungan Allium Cepa (onion bulb) dengan kepekatan tinggi quercetin dan Mucopolysaccharide polysulphate telah dibuktikan secara klinikal untuk rawatan parut yang berkesan. 

Hiruscar Post Acne Gel diformulasikan untuk membantu parut jerawat tampak lebih lembut, licin dan kurang menonjol. Dengan penggunaan berterusan, seperti disyorkan, parut akne pada kulit anda akan jadi kurang jelas dalam satu bulan*.

*Hasil setiap individu mungkin berbeza-beza.

4. Chemical Peel

Prosedur chemical peel telah berkembang mendadak. Anda sekarang boleh menggunakannya, pada dos dipreskripsikan, di rumah. Asid Hidroksi Alfa (AHA) dan Asid Hidroksi Beta (BHA) sekarang adalah sebahagian daripada rutin penjagaan kulit kebanyakan orang kerana ia menyelesaikan berbagai-bagai isu kuli, termasuk parut akne. Sama ada whitehead atau blackhead, chemical peel adalah bagus untuk menyelesaikan masalah ini sekiranya anda ingin hilangkan parut jerawat.

Apabila bercakap tentang AHA, Asid Glikolik biasanya paling popular. Ia berfungsi dengan baik untuk mengelupas kulit, membuatkannya berkesan dalam membersihkan parut akne, tetapi juga boleh jadi agak kasar untuk orang dengan kulit sensitif. Asid salisilik biasanya digunakan apabila bercakap tentang BHA. Ia paling sesuai untuk orang dengan kulit sensitif. Ia membantu mengurangkan kemerahan dan keradangan, membuatkannya berguna untuk menghapuskan sebarang kecacatan.

5. Laser IPL

Laser IPL adalah rawatan tanpa pembedahan untuk parut jerawat dan mungkin sangat lembut ke atas kulit. Laser bukan sahaja untuk pembuangan rambut; ia memainkan peranan anti keradangan yang besar dan boleh melawan bakteria jerawat.

Laser IPL juga sesuai untuk mengurangkan kemerahan dan pengotoran kulit. Namun begitu, pilihan rawatan ini mungkin memerlukan beberapa sesi dan rawatan penjagaan untuk mendapatkan keputusan terbaik. S

atu-satunya cabaran dengan laser IPL adalah ia biasanya berfungsi dengan lebih baik untuk orang dengan kulit pucat disebabkan pigmen berbanding orang dengan tona kulit lebih gelap.

 Kesimpulannya

Anda tidak perlu melalui sebarang rawatan invasif yang mahal untuk menghilangkan parut jerawat anda.

Dengan menggunakan sebarang produk hilangkan parut jerawat disyorkan di atas, anda boleh menghilang parut jerawat tanpa perlu menghabiskan duit atau menderita sebarang kesan sampingan.